Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

16 November 2012

Pie Kentang..... atau shepard pie...Ala Izzaty



Pie Kentang..... atau 
shepard pie

Kali pertama makan shepard pie  atau pie kentang yang disediakan  oleh  sepupuku di Jurung Est Singapura , semasa  kami berkunjung ke rumah mereka  pada hari raya tempohari,  Izzaty terus jatuh cinta dengan keenakaannya. Pagi tadi dia baru berkesempatan untuk mencubanya…memandangkan ayah dia tidak ada selera untuk menjamah nasi   ketika ini dia pun terus mencubanya….… Mudah-mudahan ayahnya berselera dengan makanan al-ala Mat Salleh ni...


Bahan-bahan untuk kulit pie




 kentang, direbus dan dibuang kulit


 Lecek ubi kentang yg telah direbus.



Kemudian masukkan mentega, lada sulah, garam serta susu cair. Gaul semua bahan hingga adunan sebati




Ratakan kulit pie di loyang pembakar


Bahan-bahan untuk  inti pie: 

1/2 biji bawang besar  potong dadu
2 biji bawang bawang putih  potong
1 sudu besar mentega, utk menumis
300gm daging cincang
1 sudu besar tiram
Sedikit rempah kari
Sedikit cendawan butang dan dipotong dadu
1/2 biji carrot, didadu (kita guna mix vegetables) 




Bawang besar dan bawang putih  dipotong dadu


Cara-cara: 


1. Panaskan mentega di kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu. 
2. Masukkan daging cincang. Kacau rata. 
3. Masukkan daging kisar  benar-benar  empuk baru angkat. 



Panaskan mentega di kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu




 Masukkan daging cincangKacau rata. 





Daging  benar-benar  empuk baru angkat. 



 Sapukan mentega pada mangkuk kaca atau casserole pilihan anda. Lekapkan kulit pie di dasar dan sekeliling sebelah dalam mangkuk. 


.
Letakkan inti di atasnya. 


 Tutupkan inti sepenuhnya dengan adunan kulit pie. 
Akhir sekali sapukan kuning telur di bahagian atas pie  dan taburkan sedikit keju cincang




Bakar pie pada suhu 200 darjah cel selama 15min hingga 20min atau sehingga kulit pie bertukar kuning keemasan




Dah siap dan boleh dimakan...




SElAMAT MENCUBA....
Terima kasih aunty Mala....





2 ulasan:

  1. Sedap memang sedap....yang beri saya tadi kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bagi layanan kat kami...dah balik Yong Peng ke...

      Padam