Tetap dalam ingatan sepanjang zaman......
Pulang........selepas melontar...
Hari ini, 13 Zulhijjah yang merupakan hari terakhir dalam hari-hari Tasyrik. Kesemua jemaah di Mina ketika ini pasti sudah dan sedang berangkat meninggalkan bumi Mina yang penuh keberkatan yang kita ketahui hanya berpenghuni hanya 4 malam sahaja iaitu pada hari tarwiyah dan Hari Tasyrik. Selepas ini semua pasti bertumpu ke kota suci Makkah untuk menyelesai ibadat tawaf serta saei haji bagi yang belum melakukannya lagi.
merakam kenangan di hening pagi.....
suasana dirakamkan kalau tak salah selepas 2-3 hari selepas hari Tasyrik
masih padat dan sungguh padat dengan jemaah yang melakukan tawaf
ada yang melakukan tawaf ifadah, ada yang melakukan tawaf sunat atau tawaf nazar
dan ada juga masa tu tengah buat tawaf wada'

keadaan menjadi sedikit kritikal apabila tiba dipenjuru Hajarul Aswad
kerana ada jemaah berhenti kerana baru nak mulakan tawaf
ada jemaah yang berhenti kerana beristilam....tapi jangan bimbang walupun sesesaknya insyaallah kita dipermudahkan oleh Allah dan ada ruang untuk kita menunaikannya....
Namun bila kita lihat sebalik hikmah Allah membenarkannya dilakukan dengan pelbagai cara, sebenarnya ia memberi ruang kepada jemaah untuk melakukannya mengikut kemampuan masing-masing. Kalau tidak , maka tentulah 3 atau 4 juta jemaah akan melakukan tawaf tersebut serentak .
Tapi keadaan jemaah di Masjdil Haram ketika kemuncak 10,11,12,13 Zulhijjah tersangat padat tak kira di laman Kabaah, tingkat 2 atau atas bumbung sekali pun melakukan tawaf tersebut.
Kami ketika itu mengambil keputusan selepas melontar pada 10 Zulhijjah di Jamratul Aqabah lebih kurang 8:00 pagi kerana ingin melakukan Tawaf .

8:00 pagi terus ke laman Kaabah untuk melakukan tawaf haji. Kerana jemaah ketika itu agak sesak juga, Alhamdulillah , niat kami untuk tawaf selesai dan diperkenankan Allah S.W.T.
Suasana semasa tawaf di hening pagi itu macam alunan ombak laut akibat jemaah yang padat yang sama-sama sedang bertawaf. Sekejap ke kiri , sekejap ke kanan tanpa di arah kerana hanya menurut sahaja "tolakan dam dorongan" dari jemaah-jemaah yang di belakang. Namun bahu kiri ku sentiasa ku juga agar tidak "berpaling" dari Baitullah. Sekejap nanti tetiba rasa lembut je perut menonjol dari belakang. Sekejap lagi ku rasakan ada tangan yang memang berpaut di bahu kiri dan kanan ku namun ku biarkan sahaja.
Hampir 2 jam lebih juga diperlukan untuk selesai tawaf dan akibat keletihan, maka kami tangguhkan saei dahulu selepas zohor . Selepas zohor barulah kami mengerjakan ibdah Saie pula.Namun sebelum pulang ke hotel penginapan, suamiku sempat ke kedai gunting untuk mencukur kepala nya .
Inilah sedikit gambaran dan perkongsian yang terus kekal terpahat dalam ingatan ku betapa indahnya dapat melakukan segala rukun dan wajib haji di kemuncak musim haji . Sungguh indah sekali ..................Alhamdulillah

Saya sudah baca dan cuba menghayatinya..
BalasPadamTerima kasih kerana sudi mengikuti penulisan saya En.Atih berilah komen dan pandangan yang membina untuk saya menjadi penulis yang kreatif dalam penulisan blog....
PadamGuru saya kata: kalau nak jadi penulis yang kreatif kena selalu menulis dan rajin membaca bahan-bahan bacaan.
Padam