Jom makan mi bandung...
Kuah mi bandung...
Mi kuning dicelur dan di asingkan jangan rendam dengan kuah takut kembang...
Resepi mi bandung....(Mi bandung ala-ala ibu....)
Bahan
-bahan:
500 gram mee kuning (sebenarnya ikut selera )
10 tangkai cili kering (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
50 gram udang kering (direndam dan ditumbuk halus)
100 gram udang biasa
4 sudu sos cili
4 Sudu sos tiram
200 gm bebola ikan
5 biji telor
200 gm daging(rebus hingga empok dan airnya untuk kuah)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara
Memasak:
Kisar cili kering, bawang dan udang kering sehingga halus.
Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau .
Masukkan sos cili dan sos tiram.Masukkan daging dan air rebusan daging . Birakan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan sawi dan udang tadi.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
Boleh ditambah dengan telur untuk setiap pinggan hidangan.
Selamat menekmati mi bandung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan