Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

12 November 2012

Sekelumit kenangan di Musim Haji 1433H (fasa V)


Tetap dalam ingatan sepanjang zaman......


Pulang........selepas melontar...

Hari ini, 13 Zulhijjah yang merupakan hari terakhir dalam hari-hari Tasyrik. Kesemua jemaah di Mina ketika ini pasti sudah dan sedang berangkat meninggalkan bumi Mina yang penuh keberkatan yang kita ketahui hanya berpenghuni hanya 4 malam sahaja iaitu pada hari tarwiyah dan Hari Tasyrik. Selepas ini semua pasti bertumpu ke kota suci Makkah untuk menyelesai ibadat tawaf serta saei haji bagi yang belum melakukannya lagi.
Itulah antara kemuncak musim haji selain dari melakukan wukuf di Padang Arafah ialah Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji. Ada jemaah yang selepas wukuf lalu melintasi Mudzalifah dan terus ke Makkah untuk melakukan tawaf dan saei. Ada pula yang selepas melakukan lontaran di Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah lantas berjalan kaki ke Makkah untuk melakukan tawaf tersebut. Manakala ada juga yang melakukan Nafar Awal , selepas meninggalkan Mina pada tanggal 12 Zulhijjah lalu pulang ke Makkah dan melakukannya dan terdapat juga yang hanya melakukan selepas berangkat pulang dari Mina pada tanggal 13 Zulhijjah .




merakam kenangan  di hening pagi.....


suasana dirakamkan kalau tak salah selepas 2-3 hari selepas hari Tasyrik
masih padat dan sungguh padat dengan jemaah yang melakukan tawaf
ada yang melakukan tawaf ifadah, ada yang melakukan tawaf sunat atau tawaf nazar
dan ada juga masa tu tengah buat tawaf wada'



keadaan menjadi sedikit kritikal apabila tiba dipenjuru Hajarul Aswad
kerana ada jemaah berhenti kerana baru nak mulakan tawaf
ada jemaah yang berhenti kerana beristilam....tapi jangan bimbang walupun sesesaknya insyaallah kita dipermudahkan oleh  Allah dan ada ruang untuk kita menunaikannya....



Namun bila kita lihat sebalik hikmah Allah membenarkannya dilakukan dengan pelbagai cara, sebenarnya ia memberi ruang kepada jemaah untuk melakukannya mengikut kemampuan masing-masing. Kalau tidak , maka tentulah 3 atau 4 juta jemaah akan melakukan tawaf tersebut serentak .

Tapi keadaan jemaah di Masjdil Haram ketika kemuncak 10,11,12,13 Zulhijjah tersangat padat tak kira di laman Kabaah, tingkat 2 atau atas bumbung sekali pun melakukan tawaf tersebut.
Kami ketika itu mengambil keputusan selepas melontar pada 10 Zulhijjah di Jamratul Aqabah lebih kurang 8:00 pagi kerana ingin melakukan Tawaf .

8:00  pagi terus ke laman Kaabah untuk melakukan tawaf haji. Kerana jemaah ketika itu agak sesak juga, Alhamdulillah , niat kami untuk tawaf selesai dan diperkenankan Allah S.W.T.

Suasana semasa tawaf di hening pagi itu macam alunan ombak laut akibat jemaah yang padat yang sama-sama sedang bertawaf. Sekejap ke kiri , sekejap ke kanan tanpa di arah kerana hanya menurut sahaja "tolakan dam dorongan" dari jemaah-jemaah yang di belakang. Namun bahu kiri ku sentiasa ku juga agar tidak "berpaling" dari Baitullah. Sekejap nanti tetiba rasa lembut je perut menonjol dari belakang. Sekejap lagi ku rasakan ada tangan yang memang berpaut di bahu kiri dan kanan ku namun ku biarkan sahaja.

Hampir 2 jam lebih juga diperlukan untuk selesai tawaf dan akibat keletihan, maka kami tangguhkan saei dahulu selepas zohor . Selepas zohor barulah kami mengerjakan ibdah Saie pula.Namun sebelum pulang ke hotel penginapan, suamiku sempat ke kedai gunting untuk mencukur kepala nya .

Inilah sedikit gambaran dan perkongsian yang terus kekal terpahat dalam ingatan ku betapa indahnya dapat melakukan segala rukun dan wajib haji di kemuncak musim haji . Sungguh indah sekali ..................Alhamdulillah







11 November 2012

Sekelumit kenangan di Musim Haji 1433H (Fasa 1V)

Nikmati hidangan di Makkah.....




Ini le makanan kami hari-hari...lauk kurma...dengan sayur campur....Alhamdulillah. Kebiasaannya, kalau di makkah, jemaah haji muassasah, tidak disediakan dengan sarapan ...Tetapi di kafeteria, ada dijual pelbagai jenis makanan. Contohnya kuih-muih seperti talam, seri muka, kuih lopis, cokodok, bihun goreng, mee goreng,  nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu, sandwich dan macam-macam...
beli ajer...air panas disediakan...





Bila perut dah lapar ape-ape pun sedap....licin...


Salah satu aktiviti bilik 864 dan 874 Maktab 89....


Pak Aji2 dan mak hajah2  minum petang yang disediakan oleh Mak Aji Ramlah and the geng......


berselera.... boleh tahan sandwich Mekah ni...



 Kalau teringin makanan luar kami akan beli kebab atau roti canai...
Tetapi di sana, rotinya free atau dijual murah...
Kuahnya pula mesti dibeli asing...
Dan jangan marah, kalau beli roti canai tak dapat dalcanya seperti kat sini yer.
Dan harga kuahnya lebih mahal...tak silap, kuah dalcanya saja harganya 6 Riyal. Kalau yang berdaging cincang, harganya  10 riyal...jika tidak silap...


Teringat kebab di Madinah....lazatnya...

Kali ini cerita pasal makan pulak.....nanti sambung lagi...belum ade modal...

Sekelumit Kenangan Di Musim Haji 1433H (Fasa 111)



SEHARI sebelum Hari Wukuf iaitu pada 6 Zulhijjah bersamaan 22 Oktober , sewaktu para jemaah sibuk dengan urusan masing-masing di hotel penginapan di kota Mekah...tiba-tiba menjelang tengah hari hujan telah turun dengan selebat-lebatnya (dalam setengah jam) Indah dan nikmatnya hujan rahmat itu. Alhamdulillah.


Bukan senang nak rasa hujan di Mekah... jadi bila dapat rasa hujan...terasa syukur sangat-sangat kepada Allah. Itulah hujan rahmat
.




PADA Hari Wukuf di Arafah (9 Zulhijah bersamaan 25 Oktober 2012),Ustaz Sahafiee menjadi  imam solat Zuhur membacakan kutbah. Ustaz Shafiee pula telah membimbing para jemaahnya yang tinggal di dalam khemah untuk bacaan berzikir dan berdoa dari selepas solat Zuhur sehinggalah menjelang Asar. Cuaca amat elok panas pada tengah hari dan redup pada sebelah petang. Para jemaah haji berpakaian ihram.
Terdengar suara Ustaz Shafiee tersedu-sedan menangis ketika berdoa menerusi corong mikrofon di dalam khemah pada Hari Wukuf yang sangat mulia itu.



Wukuf di Arafah (Khemah wanita)

pemandangan di Muzdalifah....


sempat melelapkan mata seketika...keletihan 

Selepas bermalam di Arafah dan pada esoknya selepas selesai wukuf... jemaah pergi bermalam pula di Muzdalifah dengan menaiki bas. Suasana di jalan raya penuh sesak dengan beribu-ribu bas yang membawa berjuta jemaah haji dari seluruh dunia.
Selepas bermalam (mabit) di Muzdalifah (kawasan lapang yang terbuka tanpa khemah untuk mengutip batu untuk melontar) Kami  bertolak pula menaiki bas ke khemah di Mina pada awal pagi 10 Zulhijah untuk melakukan ibadah melontar batu di Jamrah selain kita berzikir, berdoa, membaca Al-Quran dan bersolat. Dapatlah mengisi masa terluang dengan aktiviti bermanfaat daripada berbual kosong. Sebab ramai yang berada di Mina dari 10 Zulhijah hingga 13 Zulhijah.





perjalanan ke Jamrah untuk melontar...


pemandangan di Jamrah



terowong yang kita perlu lalui...




Suasana semasa dalam terowong ....


Bersambung lagi....tunggu ya...saja-saja buat kenangan saya....

10 November 2012

Sekelumit Kenangan indah di Musim Haji 1433H (Fasa 11)


Assalamualaikum dan dengan Bismillahirahmanirrahim,

Bersyukur kepada Allah swt krn diberikan peluang menunaikan Haji 1433 baru-baru  ini. Ingin saya kongsikan beberapa foto ketika berada di dua Tanah Haram iaitu Makkah dan Madinah. Memandangkan saya memilih untuk  menunaikan Haji Tamattuk bermakna saya terbang dari lapangan terbang Senai   Malaysia terus ke Madinah.

Alhamdulillah, ziarah 8 hari di Madinah mengizinkan saya menyempurnakan 40 waktu solat fardhu di Masjid Nabawi. Dengan rendah diri, sedikit perkongsian pengalaman saya, semasa melawat Raudhah, dalam kesesakkan bersama warga Afrika, Somalia dan lain-lain terasa sangatlah sukar untuk menunaikan solat sunat di kawasan Raudhah (atau dikenali jua sebagai Taman Syurga). Hati rasa sedih, gerun, takut melihat desakkan dan asakkan-asakkan jemaah dari Negara-negara lain. Alhamdulillah, seorang Makchik Turki mengesyorkan saya bersolat dua rokaat dengan bantuan jagaan keselamatan dari beliau. Selesai solat dua rokaat, saya mengucapkan terima kasih dan kami berpelukan erat dimana beliau bak seorg ibu memeluk erat saya bagai anak sendiri dalam dakapannya. Masing-masing hati kami tersentuh sayu pilu. Reda dari perasaan sebak dan selesai berdoa saya pun tak tahu perempuan Turki itu menghilang entah ke mana dalam ribuan jemaah yang semakin ramai.

Ziarah di Raudhah (Taman-Taman  Syurga)
Pengertian Taman-Taman  Syurga ditafsirkan ulama sebagai:

Bahawa Allah swt menurunkan rahmatnya dan berbagai kebahagiaan di tempat itu kerana  tempat itu di lakukan zikir dan perkara yg mendekatkan diri kepada Allah swt maka sudah tentu mereka dijanjikan syurga.
Tempat itu kelak setelah qiamat benar-benar akan dipindahkan oleh Allah Taala ke Syurga hingga ia menjadi sebahagian daripada taman syurga yag hakiki.

Orang-orang  yang pernah berdoa di Raudha akan melihatnya di Syurga.



Terdapat 12 Payung Raksaksa di luar Mesjid Nabawi yang mengembang di waktu siang dan menguncup di malam hari. 




                                 

Masjid Nabawi Madinah




                                                          Taman Saqifah Bani Sa'idah


Diceritakan, Rasul s.a.w suka berehat di taman ini setiap kali kembali dari peperangan. Taman ini nyaman, segar dan harum dengan kesegaran tumbuh-tumbuhan di persekitarannya. Taman ini berhampiran Mesjid Nabawi dan kita boleh berjalan kaki ke pasar Korma Madinah yang berhampiran. Hati tersentuh sayu dan pilu seolah-olah terbayang seorang lelaki berjubah putih, yang tenang, lemah, lembut, indah parasnya berserban masuk ke taman itu dan berehat dgn santainya seolah-olah melihat kepada kami dengan senyuman. Burung-burung kecil keriangan berkicauan menyambut kehadiran kami di taman itu. Dan hati pun tidak putus-putus bezikir.






Bersambung lagi.....

Sekelumit Kenangan di Musim Haji 1433H(fasa 1)




Indahnya Kaabah....
Lihatlah betapa khusu'nya mereka melakukan twawaf mengelilingi  ka'bah sambil berkumandang " labbaikallah humma labbaik....." Kami datang memenuhi panggilan Mu....

Setiap tahun berjuta-juta umat muslim sedunia melaksanakan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. Seperti tak henti-hentinya bermunajat dan mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta. Hanya Allah tujuan hidup yang utama, dan kepada Nya lah kita akan kembali.

Marilah kita mengingat akan kebesaran Allah agar hidup ini menjadi lebih bermakna dan lebih bahagia






Merakam kenangan yang terlalu indah dalam hidup ini...

Wukuf di Arafah....



Jemaah haji tiba di kawasan Arafat dekat Mekah menjelang sambutan Aidiladha esok. Jutaan jemaah haji berwukuf hari ini. – Foto Reuters


Sebaik saja kaki memijak bumi Mina setelah perjalanan beberapa minit menaiki bas dari Muzdalifah, kami ditempatkan di dalam khemah mengikut maktab yang telah disediakan





di Mina...

ziarah....


di dataran masjidilharam...


di pasar kurma

di ladang unta..


Pulang ke tanah Air dengan pesawat MAS...nanti sambung lagi