Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

04 Januari 2012

Hari Pertama ke sekolah 2012...




Selamat Pagi Cikgu.....


Sebahagian Ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah
(hari pertama yang penuh semangat)

Wajah-wajah comel murid Tahun Satu SKTJJ2

Wajah-wajah manja murid Pra Sekolah SKTJJ2


APA KHABAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanyakan khabar kepada adik Mohd Akmal Hakim Mohd Kamal (kanan) ketika melawat Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai dekat Bangsar, hari ini. Lawatan tersebut sempena bermulanya sesi persekolahan baru, tahun 2012 ini. - Foto BERNAMA
Jan 4, 2012 11:26 am

03 Januari 2012

Mermulanya Sesi persekolahan...




Dah naik sekolah...


Hari berlalu terlalu cepat meninggalkan kita, sedar tak sedar esuk dah bermula sesi persekolahan....Rasa masih belum puas bercuti.Insyaalah demi tugas yang diamanahkan pada kita tetap kita tunaikan . Di rumah kami masing-masing sibuk menyiapkan buku Persediaan Mengajar ...Mudah-mudahan di tahun ini penuh dengan keberkatan dan dilimpahi dengan rezeki yang halal. Amin......





Jadual Waktu yang masih dalam proses...

Buku persedian pun masih belum disiapkan sepenuhnya...




SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK...

02 Januari 2012

TAKWIN CUTI PERSEKOLAHAN 2012

Kumpulan A: Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

  • Cuti Pertengahan Penggal 1 : 09.03.2012 – 17.03.2012 (9 Hari)
  • Cuti Pertengahan Tahun : 25.05.2012 – 09.6.2012 (16 Hari)
  • Cuti Pertengahan Penggal 2 : 17.8.2012 – 25.8.2012 (9 hari)
  • Cuti Akhir Tahun : 09.11.2012 – 31.12.2012 (53 Hari)

Kumpulan B : Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

  • Cuti Pertengahan Penggal 1 : 10.03.2012 – 18.03.2012 (9 Hari)
  • Cuti Pertengahan Tahun : 26.05.2012 – 10.6.2012 (16 Hari)
  • Cuti Pertengahan Penggal 2 : 18.8.2012 – 26.8.2012 (9 hari)
  • Cuti Akhir Tahun : 10.11.2012 – 01.01.2013 (53 Hari)

01 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Ku tinggalkan jejak, ditahun yang berlalu
Mencuba melangkah, menebus waktuku...
Semasih ku mampu..

Telusuri jalan nan panjang...
Yang pasti adakan akhirnya...

Ada yang sentiasa menggebu...
merentak, bergolak didada
Mencuba dengan sedaya yang ada...
Untuk wujudkan sebuah cita-cita...

Tak boleh ada kata putus asa...
Tak mungkin buat kita surut semula
Nan lalu takkan pernah kembali..
Nun didepan tetap kan menanti...

Raihlah usahamu
Gapailah citamu
Segenap yang mampu
Selamat tahun baru 2012....