Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

29 Disember 2011

Kongsi pengalaman fasa 8



BERCUTI DI NEGERA ORANG

SUNGAI MEKONG
Sungai Mekong adalah sungai ke-10 terpanjang di
dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya
4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas
812,000 km persegi. Mengalir dari Dataran Tibet di
utara melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand,
Laos, Kemboja dan Vietnam. Semua negara
kecuali China dan Myanmar menyertai
Suruhanjaya Sungai Mekong. Di kawasan ini berlaku perbezaan musim yang ketara dan
perubahan aliran yang keterlaluan. Di sepanjang sungai ada jeram dan air terjun dan
sangat sukar untuk dimudiki.






Wanita Vietnam membuat Kuih Kelapa.






Seronok juga dengan menaiki bot menyusuri sungai Mekong.









Bot-bot bersedia membawa pelancong








Kongsi pengalaman fasa 7

BERCUTI DI NEGARA ORANG...

Melawat ke Cu Chi Tunnel, ho Chin Minh. Vietnam

Hari kedua di Vietnam kami pergi melawat Cu Chi wilayah luar bandar kira-kira 2 jam perjalanan dengan bas dari Hong Chi Minch City atau Sasigon.... semasa perang Vietnam Cu Chi adalah suatu medan tempur antara gurilla Vietcong dan pasukan regim Vietnam Selatan dibantu tentera Amerika yang berpusat di Saigon.. perkampungan di Cu Chi menjadi sasaran hebat peluru jet pejuang dan kereta kebal serta bom Amerika... kesan2 kemusnahan ada disana sini dikawasan yang telah dibangun semula menjadi tarikan pelancungan....


Oleh kerana lawatan kami sekeluarga secara 'package' bersama rombongan kami seorang pemandu pelancung bernama Malik Khang,keturunan VIetnam. Beliau bercerita dalam bahasa inggeris menerangkan kepada kami bagaimana orang vietnam membuat pelbagai senjata dan perangkap untuk melawan musuh serta membina terowong dikenali sebagai Cu Chi tunnels untuk berlindung dari keganasan tentera Amerika




Untuk memasuki Chu Chi ni dikenakan bayaran





Malik Khang pemandu pelancung dan Yad...







Dari filem-filem jelas askar Amerika amat takut senjata buatan vietnam yang merupakan perangkap, jika terkena memang tiada harapan..... jelas sekali kata Malik faktor utama kemenangan mereka menyatukan Vietnam adalah kerjasama mantap orang kampung dan gurilla... saling membantu macam aur dengan tebing bukan macam enau dalam belukar melepaskan pucuk memasing............










Mereka membuat selipar dengan menggunakan tayar lori yang terpakai





Suami berkesemptan merasa macam mana gurilla menjalani kehidupan harian mereka dari cerita-cerita Malik yang payah nak paham dan juga memasuki terowong walau pun hanya 10 atau 15 meter saja tapi sangat payah... kata Malik sebab tu orang vietnam kecik-kecik sebab kena masuk terowong ... jikalau mereka besar dan gemuk tentu dah kena bom Amerika....





Di sana sini sekitar kem tersebut banyak diadakan lobang udara untuk pernafasan yang terlindung dengan keadaan semula jadi seperti busut, rumpun buluh, batas tanaman dan sebagainya... laluan masuk ke terowong amat sempit hanya orang-orang yang badannya comel sahaja yang boleh lepas...... kilang buat senjata pun ada.... parit2 dibina untuk pertahanan semasa serangan.... jadi tidak hairanlah pihak Amerika tak dapat kesan.... tapi saya fikir mereka tidak masuk mencari musuh pun sebab masa tuh rambo belum ada lagi....... dari filemfilem jelas askar Amerika amat takut senjata buatan vietnam yang merupakan perangkap, jika terkena memang tiada harapan..... jelas sekali bagi phang faktor utama kemenangan mereka menyatukan Vietnam adalah kerjasama mantap orang kampung dan gurilla... saling membantu macam our dengan tebing bukang macam enau dalam belukar melepaskan pucuk memasing............







Mencuci tangan menggunakan batang buluh



Pelawat juga dijamu dengan makanan istimewa gurilla ia-itu ubi kau rebus cicah kacang tumbuk.... minuman istimewa air 
teh o yang dibuat daripada daun pandan kering.....





Sesuatu yang paling berharga yang saya pelajari dari kunjungan ke Cu Chi adalah bagaimana orang vietnam membangunkan negeri mereka dari kemusnahan perang..... sungguh dahsyat... samada sukarela atau paksa rela medan pertempuran segera di bangun menjadi ladang, petani berusaha gigih..... askar mengawal rapi keselamatan mereka.... kawasan perang di bersih dan tunnel diubahsuai menjadi tarikan pelancung... apa yang dilihat seberapa boleh keadaan asal dikekalkan...... tinggalan2 atau rampasan perang dipamer untuk tontonan pelawat... kehidupan masa perang didramakan semula melaui video dan artifek dipelihara serta exhibit dibina............... rakyat kampung nampaknya mendapat peluang mengusaha semula tanah mereka..... orang-orang kapitalis dan pengikutnya telah lari.... mungkin antara mereka telah di hantar ke Pulau Bidung.... mungkin sebahagiannya telah kaya raya di Eropah... Nampaknya di Vietnam orang ramai senang cari makan.... pantang ada tempat kosong buka gerai makanan... mereka menggunakan dengan efisyen sumber-sumber yang ada. Kesannya dapat dilihat dari pertumbuhan ekonomi Vietnam yang merekodkan peratusan yang lebih baik ... mungkin juga pemimpin mereka tidak mensasarkan negara maju berpendapatan tinggi.... cukup sekadar rakyat boleh mengguna segala sumber memajukan diri sendiri..... apakah itu yang dikatakan pembangunan modal insan.....fikirlah sendiri


23 Disember 2011

Kongsi pengalaman fasa 6

BERCUTI DI NEGARA ORANG....

POPIAH VIETNAM

POPIAH

Sebut saja popiah, semua orang tahu. Ada yang suka popiah goreng, ada yang menggemari popiah basah. Tidak kurang juga popiah vietnam yang eksotik tapi menyelerakan dan berkhasiat.

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 4 helai daun salad
  • 1 tangkai daun selasih
  • 1 tangkai daun pudina
  • 1 ekor ikan goreng (ikan kerisi pun boleh) ambil isinya
  • 1 biji timun - potong nipis-nipis
  • 4 helai kertas beras Rice Paper


Cara-cara

Ambilkan 1 helai kertas beras (Rice paper) dan letakkan diatas pinggan leper besar atau dulang. Semburkan sedikit air dengan setelah lembut (rice paper ini keras dan nipis mungkin ada dijual di pasaraya) kita letakkan sekeping daun salad daun selasih,isi ikan goreng dan sedikit mi vietnam (bihun pun boleh),

Kemudian, kita gulungkannya macam kita membuat popiah biasa.


BAHAN SOS CILI :-)

5 biji cili merah 3 ulas bawang putih 3 camca besar sos ikan 1 1/2 cawan gula pasir (agak2) 1/2 cawan cuka makan


Cara Membuatnya
Cili merah dan bawang putih ditumbuk kasar-kasar. Campurkan gula, cuka dan sos ikan( nampla). Kacau rata-rata dan sesuaikan rasa


Popiah yang sudah siap digulung dan boleh di makan
(Popiah ini saya yang gulungkan ..cantik tak)


kulit popiah 'paper rice' (bukan kulit popiah biasa)


Ulam-ulaman (termasuklah daun selasih )



Penyediaan kulit popiah (gadis vietnam)
(Campuran tepung beras dan tepung ubi)
Penyediaannya macam kita buat 'opak-opak ubi'
(Orang Johor tau opak-opak)


Kulit popiah yang dikeringkan
(Serupa kita menjemur opak-opak ubi)



ulam-ulaman

Sos lada


Ikan goreng



Kulit popiah ( Paper rice) ...keras macam plastik

mi vietnam

Satu lagi resepi popiah vietnam....

POPIAH VIETNAM

Rice paper secukupnya (boleh didapati dipasaraya)
Air suam Disediakan berasingan Udang hidup, buangkan kulitnya dan direbus Suhun, direbus hingga lembut dan toskan Daun salad Telur, dibuat telur dadar dan dihiris nipis Timun, dibuang empulur dan disagat halus Sengkuang, dikupas dan disagat halus Lobak merah, disagat halus Daun selasih secukupnya, ambil daunnya sehelai-sehelai

Cara Menyediakannya

Celupkan rice paper ke dalam air suam, bentangkan ke atas papan pemotong (boleh digunakan pinggan leper). Letakkan sekeping daun salad ke atasnya, diikuti daun selasih, seekor udang rebus, sedikit hirisan telur dadar, suhun, timun, sengkuang dan lobak merah. Gulung ketat2. Buat sehingga habis. Sedia untuk dihidangkan dengan sos.

Bahan-bahan sos
10 biji cili padi 1 labu bawang putih Gula dan cuka secukup rasa Garam secuku rasa / Sos nampla secukup kegunaan (jika suka) Kacang tumbuk, jika suka

Cara Membuatnya

Cili padi dan bawang putih ditumbuk kasar-kasar. Campurkan gula, cuka dan sos nampla. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasa. Jika suka, boleh ditaburkan kacang tumbuk.


Selamat mencuba......