Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

03 Disember 2011

Tanda-tanda AWAL ditimpa KENCING MANIS

Tanda-tanda AWAL ditimpa KENCING MANIS

1. Kerap membuang air kecil

2. Berat badan yang menurun

3. Sentiasa merasa lapar

4. Sentiasa merasa haus dahaga

5. Letih yang tidak menentu

6. Pandangan semakin menjadi kabur

7. Mudah mendapat penyakit kulit

8. Merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan

9. Merasa penat dan sakit kaki

10. Gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha
Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS

1. Sentiasa haus

2. Hilang selera untuk makan

3. Muntah-muntah

4. Boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri

5. Air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut
Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit KENCING MANIS

1. Menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti

2. Sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji

3. Menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya

4. Sentiasa besenam dan berehat secukupnya

5. Jangan terlalu boros menggunakan tenaga

6. Bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi

UBATNYA

Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur, kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi, atau

ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. minumlah 2 kali sehari, lakukan sehingga sembuh, atau

minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari, Insya’ Allah dalam masa 2 bulan akan pulih.

MEREDAKAN KENCING MANIS

ambil kulit pokok petai dan masukkan ke dalam kelongsong ketupat yang kosong dan rebus di atas perapian. minumlah air tersebut 3 kali sehari, atau

ambil 5 kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa minyak, gorenglah sehingga garing. kemudiannya tumbuk sehingga halus. ambil 1 sudu teh debu kulit jering tersebut dan bancurlah dengan air serbuk kopi yang hendak diminum, minumlah air tersebut 2 kali sehari.

“BAGI SETIAP PENYAKIT ITU ADA UBATNYA”

28 November 2011

Sahabat....

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin

Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan

Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan

Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri

Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemsesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

Sahabatku.....



sajak sahabat

pertemuan

pada suatu ketika dahulu
satu pertemuan yang kita tak duga
kau dan aku bertemu
disatu tempat yang jauh
mungkin inilah yang dinamakan ketentuan tuhan
tetapi tidak lama selepas itu
hubungan kita terputus ditengah jalan
aku terus dengan kehidupanku
dan kau juga begitu
sepi hatiku kehilangan sahabat sepertimu
tidak dapat kulupakan kenangan bersamamu
tapi kini kau tidak lagi dimataku
tapi ada dihatiku
dengan ikatan persahabatan yang kukuh
ikhlas dari hati kita berdua
akhirnya kita bersua juga
dan kuharapkan pertemuan ini
berakhir dengan ajal yang ditentukan olehNYA
bukanlah kehendak aku
ataupun dirimu

Diantara sahabat-sahabat ku yang dah lama tak bertemu....

Masih ingatkah dikau pada diri ku....



KELASKU SAYANG......




Kelasku Rumahku......


Bagai irama dan lagu yang sukar di pisahkan...
Begitu juga antara saya dia terlalu sukar untuk saya lupakan...
Kelasku sayang
Kau adalah segala-galanya....
Saya sayang dengannya..
Saya rindu bila saya lama tinggalkannya...

Tapi .....
Suatu masa dan ketika nanti
Saya terpaksa tinggalkan dia
Dia suka atau tidak
Dia tetap ditinggalkan

Bertahun-tahun saya membelai dia
Tidak mengira masa dan waktu
Tetap saya menjengah dia.............

Memang saya akan sayang dia hingga bila-bila.....
Dia tetap dalam kenangan yang menyenangkan....

Oh kelasku sayang......


Kepada seiapa yang menggantiku.....sayangi lah kelas kita....kau akan bahagia di sana...

PERCAYALAH....




























NUKILAN JIWA

nukilan jiwa

ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa
, itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi,
itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal,
itu adalah kunci menuju syurga...

” Tiada lagi hijrah sesudah kemenangan membuka semula Kota Mekah melainkan Jihad dan niat”


LEMBARAN BARU 1433 HIJRAH

Tika terbuka lembaran baru
Bagaikan berat tanganku menutup lembaran lama
kerna terbayang palitan dosa semalam
yang tak mungkin mampu kupadam

Tika asyik mengulit pesona dunia
tak tersedar langkah di penghujung masa
lembaran baru kini menerpa
lantas hati berkata
segunung dosaku padamu,
sejuta langkah ku menjauhimu,
sewenangnya ku mungkir cintamu
namun tetap luas kasihmu
kau izinkan ku berteduh dibumimu
kau lebarkan rezekimu
kau biarkan roh ini kekal dijasad milikmu

Pesona kasihmu buatku tersipu
aku malu menjadi hamba yang alpa
Izinkan cahayamu menerangi jalan hijrahku
Pinjamkanku kekuatan
meski tak mampu ku menunggang unta
meredah onak beribu batu
mencari sinar di madinah
agar dapat ku bekalkan istiqamah menuju syurgamu

Pimpinku menelusuri hijrah ini Ya Rabbi.....


nukilan jiwa:
cahaya aini
2 Muharam 1433 Hijrah


Untuk pengetahuan Cahaya Aini ada lah anak murid saya semasa beliau di darjah lima , saya mengajar beliau Bahasa Melayu sekarang beliau dah menjadi pendidik, saya doakan agar beliau akan menjadi pendidik yang berdidikasi.........

Pulau Langkawi....




















27 November 2011

SISTEM PENDIDIKAN DULU DAN SEKARANG..


Masa terus berlalu....


Pada 22 November 2011 Kurusus Latihan Dalam Perkhidmatan telah dijalankan. Kurus berkisar kepada Program KSSR. Semua penyelaras mata pelajaran telah memberi taklimat dan penerangan berkaitan dengan mata pelajaran masing-masing...


Semasa di awal perkhidmatan saya di profesion perguruan, sistem pendidikan berkisar kepada KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah) kemudian bertukar kepada KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) ada segelintir rakan-rakan saya mengatakan "Kerja Berat Suami Resah atau Kerja Berat Bahu Rebeh" macam-macam istilah mereka menggelarkannya......

Sekarang KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)...masa sudah berubah dan zaman sudah berlalu ....pelbagai perubahan telah di lakukan....Begitu maju sistem pendidikan di negara kita..

Saya masih ingat di awal persekolahan saya di awal tahun 60an, saya menjejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan Morni Pok, Gelang Patah, daerah Johor Bahru....di dalam darjah satu. Seingat saya saya di temani arwah bapa saudara saya (Pak Itam, beliau sebagai penjaga saya). Saya ke sekolah hanya berbekalkan papan hijau yang dipinjam daripada saudra saya, setiap penjurunya sudah menggelupas menggambarkan dah berapa generasi yang menggunakannya.....Di bahagian atas dan bawah ditulis huruf abjad besar dan kecil manakala bahagian tepi terulis angka 1 hingga 10.....Ketika itu juga saya tak mengerti apa yang tertulis...cuma yang saya tahu saya akan mengutip kapur yang cikgu buang (kapur yang paling saya gemari ialah kapur warna warni) untuk saya bawa pulang ke rumah untuk menconteng di papan hijau tersebut....Rakan-rakan saya juga tak pernah kenal erti TADIKA,TASKA atau apa-apa ajelah .....juga tak pernah kenal kelas tambahan yang kami tahu balik dari sekolah terus menuju ke sungai tak kira air pasang atau surut yang pasti kami akan bergelumang di sungai tersebut hingga ke petang.......Sekarang sudah ada KIA 2M, PINCH,PROTEM dan sekarang Program LINUs..... Begitu lah masa terus berlalu...