Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

28 Mac 2012

KOKURIKULUM....

KOKURIKULUM

Kokurikulum adalah aktiviti luar kelas yang dilaksanakan bagi menyuburkan minat dan bakat para pelajar

secara terancang dan sistematik.

Sebagai medan pelopor dalam mempelbagaikan aktiviti luar kelas,aktiviti kokurikum disusun dan diolah

agar dapat menyemai dan mempertingkatkan sifat sifat mengagungkan Allah dalam pelbagai

aspek kehidupan bagi melahirkan pelajar yang soleh dan berkualiti.

Diwujudkan juga badan Persatuan, Unit beruniform dan Unit sukan dan permainan sebagai pengukuhansecara sistematik dan berterusan.


Unit beruniform


Tunas Kadet Remaja Sekolah

Puteri Islam

Bulan Sabit Merah Malaysia


Sukan dan Permainan


Kelab Bola Jaring

Kelab Bola Sepak

Kelab Sepak Takraw

Kelab Badminton


Persatuan

Persatuan Bahasa Inggeris

Persatuan Bahasa Melayu

Persatuan Bahasa Arab

Persatuan Matematik

Persatuan Sains


Persatuan Bahasa Melayu SKTJJ2








Kelab bola jaring SKTJJ 2










Fisioterapi

Fisoterapi oh fisoterapi....

Fisioterapi, yang dijalankan oleh ahli fisioterapi, membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik, fisioterapi menyediakan batu asas fizikal yang diperlukan di mana fungsi dan kemandirian lain boleh dibentuk

Cik Aina ahli fisoterapi yang merawat saya di klinik di HSA Johor Bahru...
Terima kasih Ina kerana bantu mak cik..
Ina dan rakan-rakannya....


Peranan Ahli Fisioterapi.

Ahli fisioterapi akan menilai mangsa strok dan merancang program yang bersesuaian untuk membantu pemulihan pergerakan normal. Proses penilaian ini adalah berterusan. Matlamat jangka pendek dan panjang dibincangkan dengan mangsa strok di sepanjang tempoh pemulihan, dengan mengambil kira gaya hidup dan persekitaran tempat tinggal sebelumnya.


Majlis perkahwinan...

Berjumpa jiran lama...

Hari ini kami sempat menunaikan undangan ke majlis perkahwinan anak bongsu jiran lama kami.Kini beliau sekeluarga telah menetap di kampong halamannya iaitu di kampong Bukit Kangkar , Muar.
Kami berjiran semasa tinggal di Taman Pertanian Kong-Kong, Masai Johor. Masa tu anak kami semuanya masih kecil....Begitu cepat masa berlalu kini kami dah punya menantu... Malah beliau telah pun mempunyai cucu. Kami sampai di majlis ini agak lewat dan dapatlah kami berbual panjang.....Kami mendoakan agar mereka sekeluarga akan sentiasa dilindungi Allah...Amin..








Gambar pengantin tak dapat dirakam sepenuhnya.

Di dalam perjalan pulang ke Johor Bahru sempat kami merakam gtambar jambatan Muar yang baru ini..
Begitu cepat Muar membangun

26 Mac 2012

Mi Siam berkuah tauchu....

Mi siam oh mi siam.....



Bahan-bahan:-

Bahan A
400 gm mi hoon (rendam hingga lembut)
30 tangkai cili kering
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
100 gm udang kering
3 sudu taucho
(kisar halus)
#Jikalau tak berminat dengan pedas kurangkan cili kering...

300 gm taugeh
4 keping tauhu dipotong dadu dan digoreng
Sedikit daun kucai
Limau kasturi.
(Nak tambah dengan telur rebus pun boleh)

Cara-caranya

Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan naik.
Masukkan mi yang telah direndam goreng hingga masak.
Masukkan taugeh, daun kucai dan tauhu goreng. Masak secukup rasa.


Bahan kuah

100 gm cili kering
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
200 gm Tauchu
(Kisar halus)
Air asam jawa
Gula pasir

Tumiskkan bahan kisar
masukkan air asam, tauchu gula. Tambahkan air.
Masak secukup rasa , mesti rasa masam dan manis seimbang.

Selamat mencuba.... (Pagi ni kami sekeluarga menekmti sarapan pagi dengan hidangan mi kuah tauchu atau mi singapura.....)

25 Mac 2012

Ayam Kuzi


Ayam Kuzi


Bahan A- (Rempah)

  • 2 sudu teh jintan manis
  • 2 sudu teh jintan putih
  • 2 sudu teh lada hitam
  • 12 kuntum bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
  • 4 kuntum bunga lawang
  • Bahan B
  • 2 ekor ayam
  • 1 teh sudu serbuk kunyit
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu besar garam
  • 2 inci halia
  • Minyak sapi untuk menggoreng
  • Bahan C
  • 250 gram bawang besar
  • 30 gram kepingan badam
  • 2 cawan kacang tanah
  • 80 gram kismis
  • Bahan D
  • 5 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia
  • 1 batang serai
  • 2 biji limau nipis
  • 4 ulas bawang putih
  • 350 ml susu sejat
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 cawan penyukat sos tomato
  • 1200 ml air
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu teh gula

Cara-Caranya

CARA2 NYA SANGAT RUMIT..HARUS TUMPU PERHATIAN SETIAP LANGKAH2NYA..

1. Sediakan rempah-rempah di A.Basuh bersih didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.

2. Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.

3. Bahan-bahan di B-kunyit,bawang putih dan halia ditumbuk.Kemudian lumurkan pada ayam.Perap seketika .Kemudian goreng ayam menggunakan minyak sapi.Goreng separuh masak sahaja.

4. Semua bahan di C hendaklah digoreng.Goreng mengikut turutan-mula-mula goreng bawang besar.Kemudian diikuti badam,kacang tanah, kismis.

5. Tumbuk badam bersama bawang goreng. Kacang tanah ditumbuk kasar.

6. Campurkan rempah di A, susu sejat,bawang besar dan badam tumbuk,limau nipis dan sos tomato dan kunyit.Gaul rata di dalam sebuah bekas.

7. Panaskan minyak sapi.Tumiskan bawang putih,halia,lengkuas dan serai.Kemudian masukkan semua campuran di No 6.Masukkan sedikit air.Biarkan menggelegak.Masukkan garam dan gula.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.

8. Masukkan baki air.Kemudian masukkan kacang tanah,kismis . Tambahkan air lagi jika kuah terlalu pekat.Imbangkan rasa manis dan masinnya. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi,roti jala atau bun.

Ayah busuku sayang.


Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Manakan sama si ayah busu seorang...

Memang wangi sidaun pandan
Bagi saya sehelai dua,
Sama cantik sama padan
Bagai pinang dibelah dua...