Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

16 September 2011

UNTUK AYAH DAN IBU....



Sajak Untuk Ayah dan Ibu

Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup
sayu
Kudusnya kasih yang engkau
hamparkan
Bagaikan laut yang tak
bertepian

Biarpun kepahitan yang telah
engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami
semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua
ini
semoga Allah memberkati
kehidupan ayah ibu

Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris
hatimu
Restumu yang amat aku
harapkan
Kerana di situ letaknya
syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan
anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku
kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh
bernilai
itulah harta yang kau berikan

Ayah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah dan ibu
Kasihanilah Tuhan, ibu yang
telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu
sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia
dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa

Kasihnya ayah tak sanggup
berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa
Ikhlas dan rela asalkan bahagia

Terima kasih duhai ayah dan
ibuku tersayang
Diatas setiap segala
pengorbanan serta setiap
titis air susu yang telah
membesarkan kami
SEMUA ANAK-ANAKMU

(Aisah binti Ibrahim)



Selamat Hari Raya...

Raya tahun ni terasa meriahnya kerana kami adik beradik dapat berkumpul.....Mereka berkumpul dirumah kami kerana orang tua ku menetap di kediaman kami...Ampun kan segala dosa dan kesilapan kami wahai ayahnda dan bonda, halal kan yang termakan dan terminum....Kami semua menyayangi kalian berdua...


Ayahnda ku Hj.Ibrahim bin Hj.Mohd Don...(Suka merajuk....) kita tua nanti tak tau lagi....


Adik beradik perempuan ku....

Sebahagian daripada keluarga besar kami...