Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

12 Jun 2018

Selamat Hari Raya



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.


Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.


Istimewa daripada kami sekeluarga

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.



Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.


Ikhlas daripada Fakhrul Anwar sekeluarga

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.


Ikhlas daripada Nur Izzaty sekeluarga

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.


Ikhlas daripada Syaza Ilyany dan suami

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.


Istimewa daripada ziyad Haziq

Biar amarah disunting senyum, 
Ibarat pekerti disulam kasih, 
Diharap dihalal makan dan minum, 
Ibarat rezeki tidak disisih



Salam sayang daripada  kami Cucu Tok ayah dan Nek Mok


Hassya Nur Dalili, Damia Hanani, Adelia Humaira,
 Hanna Nur Marissa,
 Risha Hasna Dan Kayyisah Nurjannah

Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.


Pucuk pauh delima batu
Air sembilan di telapak tangan
Walau jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan

SEMOGA SEGALANYA ALLAH PERMUDAHKAN DAN KITA
 SENTIASA DI DALAM PERLINDUNGAN ALLAH JUA AAMIIN

Insyaallah Jumpa lagi