Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

07 April 2012

Kantin Sekolah...


CONTOH KARANGAN

Kantin Di Sekolah Saya


Apabila loceng berbunyi untuk masa rehat, murid-murid pun pergi ke kantin sekolah. Bermacam-macam makanan ada dijual di kantin. Ada laksa, mi goreng, nasi lemak, roti, kuih-muih, dan lain-lain lagi.

Di kantin, murid-murid berebut-rebut membeli makanan dan minuman. Beberapa orang pengawas sedang bertugas di kantin. Mereka mengarah murid-murid supaya beratur.

Setelah mendapatan makanan dan minuman, murid-murid pun duduk dan makan di bangku panjang. Suasana di kantin riuh-rendah disebabkan suara murid berbuai-bual sambil makan dan minum.

Dua puluh minit kemudian, loceng berbunyi lagi. Murid-murid pun cepat-cepat meninggalkan kantin untuk masuk ke kelas masing-masing. Pekerja-pekerja di kantin mula sibuk mengemaskan pinggan mangkok yang bertaburan di atas meja.

Saya suka membeli makanan di kantin sekolah. Makanan yang dijual di situ murah. Keadaan di kantin pun sentiasa bersih dan kemas


Kantin Sekolah Saya


Sekolah saya ada sebuah kantin yang besar,cantik dan bersih. Di kantin sekolah saya terdapat lima buah gerai makanan. Banyak jenis makanan dijual di kantin sekolah saya seperti nasi lemak,mi goreng,laksa,kari mi, mi jawa, air sirap ,keropok, kuih-miuh dan lain-lain lagi. Harga makanan sangat murah .Makanan di kantin sekolah saya sangat enak dan sedap.

Pada waktu rehat, murid-murid membeli makanan di kantin sekolah saya. Murid-murid beratur untuk membeli makanan. Suasana di kantin sungguh ruih-rendah. Guru-guru menasihatkan murid-murid menjaga kebersihan kantin di sekolah.



Gambar hiasan

Kantin sekolah kami











05 April 2012

HARI PROFESIONALISME GURU CEMERLANG

HARI PROFESIONALISME GURU CEMERLANG Daerah Pasir Gudang

Sehubungan itu kerjasama pihak tuan dipohon untuk membenarkan SEMUA GURU CEMERLANG sekolah tuan menghadiri hari profesionalisme tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:


Tarikh : 05 April 2012 (Khamis)
Masa : 7.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Amansari Residence Resort


Apa itu guru cemerlang?

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” – Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.


Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.


Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.


Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang


Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.

Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.

Meningkatkan motivasi guru.

Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.

Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.

Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.

Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP)



Ucapan perasmian oleh Puan Hajah Fatimah bt Ahmad
Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang

Ucapan alu-aluan oleh YDP Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
En.Khoo Boon Khoon
Ceramah 1: Tranformasi pendidikan
Oleh Ketua Nazir Negeri Johor
Tn.Hj.Mohd Zakaria bin Yusof

Ceramah 2: Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Oleh Penyelaras Guru Cemerlang
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Johor
En.Norazrin bin Amir Hamzah
Merakam kenangan di Hotel Amansari Pasir Gudang









Semoga majlis yang mulia ini akan diberkati oleh Allah SWT....Amin...

01 April 2012

SEPUPU......

SEPUPU.....


Sekadar pengetahuan buat anak-anak sauadaraku...


Istilah sepupu digunakan bagi menunjukkan perhubungan antara seseorang itu dengan anak kepada bapa/ibu saudaranya. Dengan kata lain, anak-anak kepada dua (atau lebih) orang yang bersaudara. 'Bersaudara' bermaksud mempunyai ibu dan/atau bapa yang sama. Sebagai contoh, 'A' adalahabang/adik/kakak kepada 'B'. Maka anak-anak 'A' dan anak-anak 'B' adalah saudara sepupu. Ini jugabermakna anak-anak 'A' dan 'B' mempunyai datuk dan nenek yang sama. Menurut Islam, pernikah anantara pasangan yang mempunyai hubungan sepupu adalah dibenarkan tetapi tidak digalakkan. Dalamadat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau menetapkan pasangan sepupu yang mempunyai suku yang sama tidak dibenarkan untuk berkahwin antara satu sama lain.




Bahagianya bila semua sepupu berkumpul untuk meraikan hari ulang tahun kita...

Glamor Yad dikelilingi semua sepupu perempuan...

Yang peliknya semua perempuan ke sepupu Yad...




Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran Yad...
Ini bukan sepupu tapi
adik beradik...


adik-beradik

(beberapa orang) yang mempunyai hubungan kekeluargaan (seayah dan seibu)


Ayat: Ziyad Haziq mempunyai empat orang adik beradik seibu dan sebapa.Dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Kini beliau mempunyai seorang kakak ipar dan seorang abang ipar.


Ipar
abang iparsuami kepada kakak kita

Kakak ipar….isteri kepada abang kita

adik ipar adik suami atau isteri