Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

05 Julai 2013

KOLE KACANG






Kole Kacang




Bahan-bahan ( 7-8 orang

** 1
cawan santan pekat
* 1
cawan gula merah
* 2sudu besar
 gula pasir
* 1
cwn air
*
beberapa helai daun pandan disimpul
2 cawan 
santan
1
cawan tepung kacang hijau
secubit garam

Cara-
cara

Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dalam kuali.
Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas kacau hingga sebati.
Masukkan adunan tadi dalam kuali yang  berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tidak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dalam bekas atau loyang.
Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dengan  tahi minyak

SUKAN 2013....

 Temasya Sukan Ke-14
Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2.

Pada 5 Julai 2013 Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 , Jalan keembong 41, Taman Johor Jaya 2  telah mengadakan temasya sukan yang ke-14. Temasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 7.30  pagi.
Sehari sebelum temasya berlangsung, raptai telah dijalankan dan  kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu menyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Yang Dipertua Persatuan ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 En. Hassan bin Budin  tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar iaitu Puan Masnah binti Hamid diiringi  Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Penolong Kanan Kokurikulum. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP) menerima tabik hormat.
Selepas upacara lintas hormat diikuti dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor. Sebelum memulakan acara, bacaan doa disampaikan oleh Ustaz  Mohd Nasaruddin bin Nawawi. Ucapan perasmian disempurnakan oleh YDP En.Hassan bin Budin dan diikuti dengan  upacara Mengibarkan  Bendera Kejohanan. Sebelum acara sukan bermula, Persembahan Senamrobik telah dilangsungkan yang terdiri daripada murid-murid Tahun 3, 4 dan 5. Selesai persembahan senamrobik, acara sukan dimulakan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teraturAcara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh EN.Hassan bin Budin (YDP SKTJJ2) dengan diiringi oleh Puan  Guru BesarSebagai tanda ingatan dan kenangan daripada pihak sekolah, Puan Guru Besar dengan diiringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum menyampaikan hadiah penghargaan kepada  yang di hormati  En. Hassan bin Budin (YDP PIBG SK.Taman Johor Jaya 2).
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-14  ini ialah pasukan Rumah Biru. Upacara Penutupan , Penurunan Bendera Kejohanan serta Nyanyian Lagu Negaraku  mengakhiri temasya sukan  tahun 2013.
Pasukan yang menjadi juara keselurhan  kejohanan sukan ke-14  ini ialah Pasukan Rumah Biru, acara  padang dimenangi Rumah Biru, acara balapan Rumah Kuning,

Perbarisan terbaik Rumah Kuning, Khemah tercantik Rumah Merah, Olahragawan 2013 adik Kamarul Akid bin Kamaruddin  dan olahragawati  ialah Nur Syazura Fazlin binti Bakar. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin sekolah. Majlis tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari.

Mungkin ini catatan terakhir
saya tentang sukan sekolah sebelum saya menamatkan perkhidmatan saya di bidang perguruan...















TAHNIAH UNTU RUMAH BIRU....






MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA