Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

05 Julai 2014

SELAMAT BERPUASA 1435H - 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera


rindu serindunya....mudah-mudahan Allah beri kesempatan lagi untukku menjadi tetamuNYA...Aamiin..

Ya AlLLAH .... 
SEkiranya  Ramadhan kali ini adalah ramadhan kali terakhir buat ku jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri... 
menerangi kegelapan hati ku 
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi 
semoga bakal mewarnai kehidupan ku di sana nanti 

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Istimewanya untuk  ayah dan bonda, saudaramara , teman-teman dan sahabatku di alam maya ini. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni. 

Selamat menjalani ibadah puasa dan marilah kita bersama-sama menghayati dan memanfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Semoga ibadah kita bukan hanya dibulan ramadhan sahaja, tapi dibulan-bulan yang setersunya. 

Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan kalau ada kesalahan bahasa dan keterlanjuran kata sepanjang saya menulis dan sepanjang perkenalan kita dialam nyata mahu pun di alam  maya ini.


Dugaan  perlu Ketabahan..
Keputusan perlu Keberanian..
Puasa melatih Kesabaran..
Segala salahku mohon dimaafkan.




Setitik tinta jadi noda..
Setitik salah jadi dosa..
Bulan penuh berkah telah tiba..
Mari tekun ibadah di bulan puasa..
Marhaban Ya Ramadhan..
Sambutlah dengan senyuman.


Maaf sudah beberapa hari kita berpuasa baru hari  ini saya berkesempatan mencoret sepatah dua kata di laman sesawang saya ini...