Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

30 November 2012

Cucuku sayang....


Hasyaa Nur Dalili binti Mohd Zulhairi



Damia Hanani binti Fakhrul Anwar


Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita hanya tahu nama anak cucu Nabi s.a.w. adalah Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Saidina Husin sahaja kerana kebiasaannya hanya mereka sahaja yang sering ditonjol-tonjolkan dalam catatan-catatan sejarah. Maka siapa pula yang dimaksudkan dalam selawat yang kita sebut setiap hari:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Allah, Berilah rahmat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad
Jadi, siapakah keluarga Nabi Muhammad s.a.w? Ringkasnya:

Anak-anak lelaki Nabi s.a.w.:
i. Qasim
ii. `Abdullah
iii. Toyyib @ Tohir (Sebahagian ulama` mengatakan Toyyib @ Tohir bukan orang yang berbeza tetapi gelaran kepada `Abdullah)
iv. Ibrahim
Qasim, `Abdullah dan toyyib @ Tohir adalah anak Nabi s.a.w. dengan Saidatina Khadijah manakala Ibrahim adalah anak baginda dengan Mariah al-Qibtiyyah, beliau juga meninggal semasa masih kecil iaitu semasa berumur 16 bulan

Anak-anak perempuan Nabi s.a.w.:
i. Zainab (isteri kepada Abul `Ash bin ar-Rabi`)
ii. Ruqayyah (isteri kepada Utsman bin `Affan)
iii. Fatimah (isteri kepada `Ali bin Abi Talib)
iv. Ummu Kultsum (juga kemudianya menjadi isteri kepada Utsman bin `Affan)
Semua cucu-cucu Rasulullah s.a.w. adalah keturunan dari anak-anak perempuan baginda s.a.w., kerana anak-anak lelaki baginda semuanya meninggal dunia ketika masih kecil lagi.

Cucu-cucu lelaki Nabi Muhammad s.a.w:
i. `Ali bin Abul `Ash bin ar-Rabi` (Cucu sulung Nabi s.a.w.)
ii. `Abdullah bin Utsman bin `Affan
iii. Hasan bin `Ali bin Abi Talib
iv. Husain bin `Ali bin Abu Talib

Cucu-cucu perempuan Nabi Muhammad Nabi s.a.w:
i. Umaamah binti Abul `Ash bin ar-Rabi`
ii. Ummu Kultsum binti `Ali bin Abu Thalib
iii. Zainab binti `Ali bin Abu Thalib


29 November 2012

Solat....



Ada orang yang tak biasa melakukan solat secara duduk & risau kalau-kalau ibadah yang mereka lakukan tidak betul / tidak diterima ALLAH. Buat ibu-ibu mengandung, janganlah risau..kerana Islam tidak pernah mengajar kita untuk bersusah-susah (menyakitkan diri) dalam beribadah so ada kelonggaran buat orang-orang yang tertentu dalam melaksanakan ibadah terutamanya ibadah solah yang kita tahu adalah TIANG agama. Ibarat sebuah rumah, kalau tidak ada TIANG, maka akan robohlah ia..Jadi walau macamana keadaan kita, walau betapa susahnya keadaan kita, jangan lupa untuk mendirikan solat ya!!

Saya pernah terbaca di dalam majalah Pa & Ma (yang menceritakan tentang artikel solat duduk bagi ibu mengandung. Seawal usia kandungan 7 bulan pun kita dah boleh mengerjakan solat secara duduk (bergantung kepada keadaan ibu mengandung) kerana keadaan fizikal diri kita seperti kaki yang sembab (susah untuk duduk antara 2 sujud / tahiyat), pening & tak boleh berdiri lama, keadaan perut yang membesar membuatkan kita susah untuk bangun & duduk & macam-macam lagi so dengan sebab itulah kita diberikan kelonggaran dalam mengerjakan ibadah solat so buat ibu-ibu mengandung di luar sana, jangan ragu-ragu untuk solat dalam keadaan duduk;)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka beruntunglah & berjayalah ia, dan jika sembahnyangnya tidak diterima maka kecewa & rugilah ia. sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman : "Periksalah, adakah hamba-KU itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardhunya??" Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain". (Riwayat at-Tarmizi)
Oleh itu, sama-samalah kita menjaga solat kita;)



Solat Fardhu JANGAN kita tinggal walau dalam apa keadaan sekalipun... Jom jaga solat.
Walaubagaimana sakit pun seseorang muslim itu wajib menunaikan solat selagi akalnya dalam keadaan waras & masih sedar... Bagaimana caranya?  itu WAJIB kena belajar. 

Ingatlah... Jangan sekali-kali kita meninggalkan Solat Fardhu walaupun diri dalam keadaan sakit atau sukar, insyaAllah keberkatan & kerahmatan buat mereka yang menjaga solatnya...

* http://www.facebook.com/KuasaSolat 

Jom LIKE fanpage ni tanda sokongan pentingnya solat & sesungguhnya rahsia solat sungguh hebat!
Walaubagaimana sakit pun seseorang muslim itu wajib menunaikan solat selagi akalnya dalam keadaan waras & masih sedar... Bagaimana caranya? itu WAJIB kena bela
jar.

Ingatlah... Jangan sekali-kali kita meninggalkan Solat Fardhu walaupun diri dalam keadaan sakit atau sukar, insyaAllah keberkatan & kerahmatan buat mereka yang menjag
a solatnya...














Sumbangan Pak Google....




26 November 2012

OK ke....



Dah kembali ke blog....Sihat le tu


Sesungguhnya sakit merupakan bagian dari cubaan yang mengandungi banyak faedah bagi seorang muslimnamun mayoritas manusia tidak mengetahuinyadiantara faedah tersebut adalah sebagai berikut:
    Sesungguhnya sakit merupakan penebus berbagai dosa dan menghapuskan segala kesalahan, sehingga sakit menjadi sebagai balasan keburukan dari apa yang dilakukan hamba, lalu dihapus dari catatan amalnya hingga menjadi ringan dari dosa-dosa. Hal itu berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak, di antaranya adalah:
Hadits Jabir bin Abdullah t, sesungguhnya ia mendengar Rasulullah r bersabda:
" مَا يَمْرَضُ مُؤْمِنٌ وَلاَ مُؤْمِنَةٌ وَلاَ مُسْلِمٌ وَلاَمُسْلِمَةٌ إِلاَّ حَطَّ اللهُ بِذلِكَ خَطَايَاهُ كَمَا تَنْحَطُّ الْوَرَقَةُ مِنَ الشَّجَرِ"
"Tidaklah sakit seorang mukmin, laki-laki dan perempuan, dan tidaklah pula dengan seorang muslim, laki-laki dan perempuan, melainkan Allah I menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan hal itu, sebagaimana bergugurannya dedaunan dari pohon." HR. Ahmad 3/346.

Kumpulan Doa Orang yang sedang Sakit :

Doa kesehatan diri

“Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya
Allah, sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung
kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu
dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”
(H.R. Abu Daud dan Al Hakim)

Doa sakit badan
Bismillaah (3x)
“Dengan nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari
keburukan yang aku rasakan dan kutakuti. Dan aku berlindung dengan kekuatan
kekuasaan Allah dari kejelekan yang aku rasakan dan kuatirkan”
(H.R. Muslim dan Malik)

Doa penyakit demam

“Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah Yang Maha
Agung dari kejahatan seluruh urat yang kecapaian dan dari kejahatan api
neraka yang sangat panas”
 (H.R. Hakim)

Doa ketika sakit bengkak

“Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang
kecil, kecilkanlah apa yang ada padaku ini”
(H.R. Al Hakim)



(Rencana sumbangan Pak Google........)

Dah 15 tahun tidak jadi penghuni Hospital....


Pasrah dengan kehendak Allah...


Boleh tahan juga massukkan antibioatik ni...


Jururawat tambahan...


Macam-macam dia masukkan tak cukup tangan kanan tangan kiri pulak...
Terima kasih...



Begitu perihatin cik jururawat ni....


Terima kasih mak cik ucapkan kerana layan mak cik sepanjang mak cik di sini
kirim salam kat rakan -rakan yang lain....


Syukur kehederat Allah SAWT kerana dengan limpah kurnianYa aku kembali sembuh....amin...