Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

06 Disember 2012

Cuti Sekolah 2012

Aktiviti Cuti Sekolah.......

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini hari ke empat kami berada di PJ.Tak tau bila nak balik ke rumah…dirumah saya bersendirian aje….lebih baik saya disini ada juga si cucu untuk di ‘agah’…
Hidangan tengah hari  menantu saya menyediakan “Singgang Dagingsaya pernah mendengar tentang keenakan singgang daging tetapi tidak pernah merasainya…..Bagi saya orang Johor agak pelik bila daging dibuat singgang….bila sebut singgang hanya  terfikir dibenak ini ikan sahaja yang kami  boleh buat singgang. Rupa-rupanya daging pun boleh...
Syukur alhamdulliah hari ini saya dapat merasa  dan menekmati keenakan singgang daging yang dimasak oleh menantu sayabeliau orang Terengganu..Emm...enak sungguh singgang daging ni….Rugi pula rasanya jika saya tidak berkongsi dengan anda resepi yang sungguh istimewa iniKata orang ilmu mestilah dikongsi bersama.Oleh itu, pada kali ini saya akan berkongsi resepi menantu saya iaitu satu masakan yang enak dari negeri Terengganu.   





Ini le singgang daging Terengganu....
dah siap dan boleh dimakan dengan nasi panas..

Daging Singgang Terengganu
(Resepi menantu saya)

Bahan-bahanya….
¼ kilo daging lembu
¼ kilo tulang lembu
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 besar ibu jari kunyit
1 ½ besar lengkuas
5 batang serai
1 camca besar lada hitam
1 camca kecil jintas manis
1 camca besar ketumbar
2 keping asam keping
garam secukup rasa

cara:
1. bersih daging dan tulang lembu.
2. kemudian masukkan ke dalam periuk dihidangkan... bersama air.
3. tumbuk semua bahan-bahan di atas.
4. masukkan ke dalam periuk tadi masak hingga daging empuk....boleh le

Mi Bandung


Jom makan mi bandung...


Kuah mi bandung...


Mi kuning dicelur dan di asingkan jangan rendam dengan kuah takut kembang...





Resepi mi bandung....(Mi bandung ala-ala ibu....)


Bahan -bahan:
500 gram mee kuning (sebenarnya ikut selera )
10 tangkai cili kering (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
50 gram udang kering (direndam dan ditumbuk halus)
100 gram udang biasa
4 sudu sos cili
4 Sudu sos tiram
200 gm bebola ikan
5 biji telor
200 gm daging(rebus hingga empok dan airnya untuk kuah)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Memasak:
Kisar cili kering, bawang dan udang kering sehingga halus.
Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau .
Masukkan sos  cili dan sos tiram.Masukkan daging dan air rebusan daging . Birakan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan sawi dan udang tadi.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
Boleh ditambah dengan telur untuk setiap pinggan hidangan.


Selamat menekmati mi bandung....




Cuti Sekolah 2012....

 Masih bercti.....



Semua orang nak bercuti.. Tapi kita kena  fikirkan juga budget. Kadangkala sesekali  perlu juga luangkanlah masa untuk diri sendiri. Asyik kerja aje!!. Ok pada sesiapa yang nak bercuti saya  sarankan rancang percutian dulu terutama dengan keluarga yang besar.

1. Rancang lebih awal, jangan dilakukan pada saat-saat terakhir terutama jika melibatkan satu keluarga yang besar kerana lebih awal kita menempah penginapan dan tiket penerbangan atau perjalanan, lebih banyak potongan harga yang boleh diperoleh.

2. Apabila bercuti, ambil juga kesempatan pada hari yang tidak sibuk kerana harga yang ditawarkan lebih murah dan dengan cara itu anda boleh berjimat.

3. Sekiranya berlibur bersama keluarga, pastikan juga kehendak seisi keluarga. Adakah mereka ingin bersantai di pantai, berjalan sambil menimba ilmu dengan melawat tempat-tempat bersejarah atau membeli-belah. Apabila sudah mengenal pasti kehendak semua, lebih mudah untuk merancang bajet dan memilih destinasi percutian.

4. Pilih destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga. Setidak-tidaknya destinasi itu disukai semua agar tidak ada yang bermuram ketika yang lain berseronok dalam percutian tersebut.
5. Fikir pula tentang pengangkutan. Adakah anda ingin menaiki kapal terbang, kereta api atau memandu ke destinasi pilihan. Pilihan anda juga perlu sesuai bajet yang diperuntukkan. Tetapi, jangan pula dilupa tentang keselesaan.

6. Mula mencari tempat penginapan di kawasan tersebut. Pastikan hotel, resort atau chalet yang dipilih menawarkan kemudahan yang dicari seisi keluarga seperti kolam renang, spa atau kemudahan yang lain.

7. Setelah semuanya lengkap, rancang pula bajet percutian mengikut pilihan penginapan dan pengangkutan anda tadi. Jangan lupa mengambil kira makan, minum, hiburan dan membeli-belah. Dan, jika masa masih panjang, anda boleh mula menyimpan untuk persediaan percutian.

8. Jika sudah berpuas hati, buat tempahan segera terutama hotel dan kapal terbang. Sebaik melakukan tempahan, letak semua maklumat di satu fail agar mudah dicari nanti.

9. Jika inginkan pihak hotel menguruskan tentang lawatan ke tempat-tempat menarik atau sebagainya, jangan lupa memberitahunya ketika urusan tempahan bilik dilakukan.

10. Beberapa minggu sebelum berangkat setidak-tidaknya dalam masa dua minggu, telefon semula hotel atau syarikat penerbangan untuk mengesahkan kembali tempahan bagi memastikan semuanya teratur seperti yang dirancang.

Aktiviti cuti setrusnya....

Setelah pulang dari Kuala Lumpur , anak dan menantu serta cucu  saya pulang ke Kota Bahru.  Kami pula mengambil kesempatan untuk bermalam di rumah anak sulong saya yang menetap di Pulai Jaya....Jika di rumah tersasa kesunyian kerana si'kecik' ikut bersama pulang ke kampong....Di sini ada seorang lagi cucu yang boleh menghiburkan....



Sempat juga  menyediakan mi bandung ...


Aktiviti seterusnya mengait topi untuk cucu...


Baru nak mula buat topi....dah lama tinggalkan aktiviti ini masih ingat lagi ke....



Siap juga akhirnya....



Istimewa untuk cucu-cucu nenek...


Damia bergaya dengan topi ciptaan neneknya... cantik tak..


Damia dengan Tok ayah..



03 Disember 2012

Cuti Sekolah 2012....

Cuti datang lagi......


Kami sekeluarga  telah diundang untuk  ke majlis perkahwinan  anak sepupu saya di Kuala Lumpur..Majlis berlangsung di Dewan Cultural Activity Centere (CAC) Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis ini.....Al-maklum saya begitu teruja hendak berjumpa dengan saudara mara yang sudah lama tidak  bersua muka....Kami bertolah dari rumah lebih kurang jam 9:00 malam......Kami sampai di Kuala Lumpur lebih kurang jam 12:00 malam...



Sempat membasahkan tekak dan berehat seketika di gerai...


Hasyaa masih tak lelap walau dah tengah malam...




Bermalam di rumah sepupu Hasyaa di Balai Polis Selayang....
Terima kasih Mak Uda kerana layan Hasyaa dan keluarga dengan hidangan yang enak...
Datang Johor Bahru jangan lupa pergi rumah Hasyaa...

Hasyaa dengan Pak Usu...


Sumbangan Pak Google...

Pernikahan merupakan salah satu rahmat Allah yang sangat besar dalam hidup seorang insan.. Perkongsian dua hati dan merupakan salah satu cara bagi seorang anak Adam untuk mencapai matlamat bahagia hingga ke Syurga.. Kerana dengan pernikahan ini, segalanya adalah pahala.. Betapa luasnya rahmat Allah dalam memberi kasih sayang kepada hamba-hambaNya... Berbuat baiklah kepada pasangan dan bersabarlah dengan ujian... 

Nasihat Ustazah Ustazah Siti Norbahiyah kepada pasangan suami isteri, elakkan komunikasi yang menyakitkan hati tetapi gunakan pendekatan yang lemah lembut.. Isteri wajib meminta izin daripada suami terutamanya setiap kali hendak keluar rumah.. Begitu juga suami, bagitahu isteri supaya isteri tahu awak berada dalam keadaan yang selamat.. Ustazah juga menambah supayasuami isteri jangan kedekut dengan pasangan masing-masing.. Kedekut di sini bukan dengan wang semata-mata.. Tetapi juga jangan kedekut dengan kasih sayang, perhatian, belaian, pujian dan lain lain perkara yang semestinya membawa kebaikan... Cari ruang untuk bersama walau sesibuk manapun anda.. Ruang untuk makan bersama, berkongsi masalah, bercerita, dan juga berdating... Ustazah juga bagi doa daripada ayat al-Quran untuk kita amalkan..Surah al-Furqan ayat 74 dan Surah al-Anbia ayat 87... Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.. InsyaAllah... 



Selamat Penganti Baru....

Untuk 
Zatul Iffah binti Dato' Mohd Nor
dan pasangan
Nas Yusairi bin Nasrah


Tak sempat nak bergambar dengan penganti lelaki....kami sampai awal...

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkataSemoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkataJanganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanyaJika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawabKatakan    (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanyaApakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “   (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “
 
(
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan Semoga berbahagia dan banyak anak.”

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam.





Hantaran pengantin...




Sempat merakam kengan bersama ibu saudara saya...



Sudah lama kami tidak  berjumpa dengan sepupu-sepupu saya ni...




Di luar dewan CAC



Kawan anak saya yang menuntut di UIA...
Dah lama mereka tak berjumpa
(Sama-sama menuntut di KISAS dulu)


Sempat singgah di rumah  Mak cik Hasyaa di Putrajaya....
Dia bagi kuih siput.....
Peristiwa kuih siput....kesian nenek....




Hasyaa dan nenek...





Hasyaa dah nak pulang dia dah lapar...


Jumpa lagi .....tunggu cerita seterusnya...(cuti-cuti sekolah 2012)