Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

03 Julai 2010

Kempen Nyamuk ADES di sekolah

Unit Rawatan dan Kesihatan SKTJJ 2 dengan kerjasama Pejabat Kesihatan daerah Johor Bahru telah mengadakan kempen Pencegahan nyamuk Ades.



SMKA Johor Bahru melawat Singapura....

Lawatan ke Singapura pelajar-pelajar SMKA Johor Bahru











02 Julai 2010

Kenangan bersama.......

Semasa di Hotel Selesa sempat merakam gambar kenangan bersama balu Almarhum Sultan Selangor Cik Puan Aishah...


Juga sempat merakam gambar dengan pelakon terkenal En.Jalil Hamid



Majlis Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor.

Majlis Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor.

Majlis Persidangan Negeri Johor berlangsung pada 1dan 2 Julai 2010 bertempat di Hotel Selesa Pasir Gudang. Persidangan kali ini Daerah Pasir Gudang telah diberi mandat untuk mengendalikan majlis ini. Persidangan dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor ia itu Tuan Haji Supaat bin Tumin.


Kenangan bersama En.Azizul bin Abdul Rahman
Guru Cemerlang JUSA C
dari sekolah Menengah Dato Sulaiman Batu Pahat.



Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin baru untuk Hasifah dan pasangan nya Abdul Jalil. Semoga panjang jodohnya dan bahagia hingga ke akhir hayat. Majlis berlangsung di kediamannya di Kampung Sungai Buluh, Senggarang, Batu Pahat. pada 6.6.2010.Selamat dapat menantu untuk Cikgu Abdul Aziz bin Saidi dan Cikgu Fatimah bt Mahpul.....





Selamat Pe

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussin Onn Batu Pahat, Johor.

Selamat menempuh alam baru....

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 telah pun diketahui oleh semua pelajar. Kini mereka mula mencari hala tuju masing-masing. Sama ada ke institusi pengajian tinggi awan atau pun swasta ataupun mereka terus mencari peluang pekerjaan.Mengikut cita rasa masing-masing.
Bagi puteri saya yang ketiga beliau ditawarkan untuk ke IPG Kampus Tun Hussin Onn,untuk mengikuti Kursus Pengajian Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Saya berharap mudah-mudahan beliau akan menjadi seorang guru yang baik dan dapat menjalankan tugasnya dengan penuh keikhlasan .Ambilan Jun 2010 ini terdiri daripada pelajar KPLI dan KPLSPM datang dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan serawak.

Selesai majlis pendaftaran majlis Taklimat untuk ibu bapa dan pelajar telah di adakan.Taklimat disampaikan oleh Pengarah IPG kampus Tun Hussin Onn sendiri .Semasa menyampaikan taklimat, Pengarah IPGKTHO YBhg Abd Aziz bin Abu Bakar menyatakan seramai 120,000 calon telah memohon kursus KPISMP dan 68,000 calon memohon KPLI. Ini bermakna pelajar yang mendapat tempat adalah yang layak setelah ditapis menerusi ujian pra dan temuduga.

.Selesai taklimat sesi soal jawab dibuka untuk ibu bapa pelajar.Salah seorang dari pada ibu pelajar telah mengenalkan dirinya sebagai emak kepada seorang pelajar dari Sabah. Sebagai emak, beliau mohon dan berharap anaknya akan menjadi seorang guru yang baik dan dapat berkhidmat dengan cemerlang. Sekiranya anaknya membuat kesalahan atau kesilapan, beliau mohon diberi tunjuk ajar. Saya terharu mendengar kata-kata tersebut. Ianya lahir dari perasaan seorang ibu......Jika diizinkan Allah ,akan bertambalah seorang lagi anak saya mengikut jejak langkah saya sebagai seorang pendidik.

Taklimat oleh Pengarah IPG Kampus Tun Hussin Onn,Batu Pahat.Johor.

Bangga jadi seorang pendidik...

Bakal-bakal pendidik....

Sempat merkamkan kenangan dengan bekas anak murid saya(berdiri:Cik Noraini Salleh)
Mudah-mudahan beliau juga akan menjadi seorang guru yang didikasi.....