Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

26 Disember 2009

Tetamu .....

Pada 16 Desember 2009 berakhirnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Kami tiga beranak ke Klang untuk menjemput anakku (Kak Chik) yang telah selesai menhadapi peperiksaan SPM di Kolej Islam Klang (KISAS). Semasa dalam perjalanan ke KISAS rakan lama ku (Cikgu Saodah berasal dari Serawak) yang kini mengikut suaminya menetap di Klang mempelawa kami ke rumahnya di Taman TeluK Gadung, Klang. Hampir sepuluh tahun kami tidak bertemu. Bila sudah bertemu bermacam-macam ceritalah yang kami ceritakan untuk melepas rindu. Kami mempelawanya jika ke Johor Bahru sudikan singgah di rumah kami.


Kunjungan Cikgu Saodah dan suaminya cikgu Airil

25 Disember 2009

Hari Ini dan Semalam Tidak Pernah Sama


-->
Jika anda popular pada saat ini, ingat saat ketidakpopularan.
Jika anda sihat waktu ini, ingat waktu sakit yang boleh datang dengan tiba-tiba.
Jika anda tergolong dalam golongan orang berada, ingat saat ketidakberadaan.

Kesemuanya boleh datang dengan tiba-tiba.
Kebahagian yang kita nikmati hari ini boleh pergi dalam sekelip mata.
Kesihatan yang kita nikmati hari ini boleh berubah pada esok pagi.

Hidup ini penuh dengan putarannya, tanpa berhenti.
Maka itu, usah terlalu susah hati jika anda tidak popular, mungkin anda menikmatinya.
Jangan terlalu susah hati jika sakit, esok mungkin anda sembuh.
Jangan terlalu kecewa dengan kemiskinan, esok mungkin anda berada.

Usah sangka wajah yang cantik itu tiket untuk berasa bahagia.
Sama sekali tidak, sebab kecantikan boleh pergi biar bagaimana dijaga.

Dalam hidup ini adakalanya kita begitu mencintai,
terlalu menyayangi,
amat merindui hinggakan terasa tak mahu kehilangannya.
Hinggalah satu saat kita rasa tiada apa-apa rasa lagi terhadapnya
walau rasa untuk membenci, meskipun hati kita pedih terluka.

Dalam hidup ini, kita kena akui ia satu pertandingan.
Ada kalanya kita menang ada kalanya kita kalah.
Kita tidak sentiasa menang dan kita tidak sentiasa kalah.
Ada kalanya kita berlari jauh meninggalkan pesaing,
ada kalanya kita jauh ditinggalkan mereka.

Dalam hidup ini, kita kena akui bahawa kita adalah pelakon
 yang tidak pernah tahu skripnya.
Kita boleh memilih untuk menjadi hero atau heroin
tetapi
kita tak pernah tahu bagaimana penyudahnya.
Dalam dunia yang nyata, hero dan heroin tidak semestinya berakhir dengan kemenangan,
adakalanya terus jatuh dan terus jatuh.

Kejatuhan bukan penghujung dunia.
Ia skrip untuk menyedapkan jalan cerita.
Setiap cerita tanpa tragedi adalah kisah yang sangat hambar.
Bukanlah kita mengharapkan bencana,
tetapi
jika bencana datang itu masih boleh membahagiakan diri kita...