Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

06 Julai 2014

SELAMAT BERSARA....

Syukur alhamdulillah.....setelah sekian lama bercuti daripada menulis blog, baru hari  semalam  saya berkesempatan berkunjung ke blog sendiri, mencoret sedikit sejarah lalu, melayan kerenah sendiri yang tak pernah habis.  Alhamdulllah,19.5.2014  menjadi sejarah bermakna dalam hidup saya, sejarah yang mengubah seluruh rutin,status dan tanggungjawab yang digalas kebarangkalian juga makin bertambah .

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan. Dalam dunia pekerjaaan, sejak menjadi Penjawat awam dari tahun 1980 saya telah menempuh pelbagai cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan. Barangkali bagi murid-murid, perpindahan keluar masuk guru adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Namun realitinya, setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur.           Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita benci.


Demikianlah sebuah realiti kehidupan. Nyanyian lagu "Pelangi Petang" mengiringi persaraan saya tanggal 19 Me1 2014 barangkali masih menjadi nostalgia buat semua orang. Perkhidmatan selama hampir 35 tahun sebagai penjawat awam menjadikan saya begitu sinonim dengan kerjaya yang saya sandang.

Kita tidak pernah mengharapkan semua peristiwa seumpama itu berlaku dalam sebuah kehidupan. Namun seperti yang saya nyatakan diatas, kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah alam, fitrah kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras,.Untuk  rakan-rakan guru anda perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan.Jadikan perpisahan ini  yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdayasaing dalam sebuah perjuangan sebagai insan


Rakan-rakaan guru yang saya kasihi...

Tugas pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan itu.
Justeru,rakan-rakan  guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah. Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa.


Betul kata pujangga Usman Awang yang menulis bait keramat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru. Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang. 




Terima kasih kepada Pengerusi KEBIRUS Pn.Esaniza Aida binti Samsuri,
 AJK  KEBIRUS dan kepada semua rakan-rakan guru SKTJJ2, 
 kerana bersusah payah mengadakan majlis yang gilang gemilang untuk saya, budi baik kalian hanya ALLah jua yang membalasnya...


Pucuk pauh selara pauh
Sembilu ledung ledungkan
Adik jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama menungkan

Pucuk pauh selara pauh
Pucuk terjuntai di atas titi
Adik jauh kekanda jauh
Menaruh rindu di dalam hati

  

selamat tnggal anak didikku, teruskan perjuangan...


 lAMBAIAN TERAKHIR...