Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

04 Disember 2014

Bunga oh bunga....


Assalammualaikum,
Sahabat yang diingati selalu.  
Harapan dan doa agar kalian semua sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia disisi insan tersayang. 
Di kesempatan ini saya ingin mohon maaf kepada sahabat semua seandainya sejak pertemuan kita di alam maya telah mengecil atau menyinggung perasaan teman-teman.

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat kami  iaitu Datin Hajah Halimah binti Yusuf kerana saban hari beliau mengpostkan  gambar-gambar bunga yang cantik  menawan yang menyejukkan mata memandang....
Tanam bunga depan halaman
Anak dara tinggalkan pesan
Harum sungguh bunga di taman
Ingin ku sunting buat hiasan

Bunga Oh bunga
Bunga mu bermekaran
Di taman yang cantik
Indah bila di pandang
Harum mewangi bila di cium
Warna warni rupamu
Bila sang mentari pagi bersinar
Warna warni mu tersenyum merkah
Pancaran  warnamu memberi sejuta cahaya
Dan kupu-kupu menari-nari menghisap sarimu
Bila petang menjelang
Bunga disiram agar jangan layu
Biarkan pelangi menyinarimu
Menambah keindahanmu...
Bunga orkid









Bunga Zaleha


Bunga mawar merah melambangkan cinta, sementara bunga mawar pink melambangkan kasih sayang yang manis. Selain itu, bunga mawar putih melambangkan kesucian.






Duri hari ini adalah bunga hari esok. Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada NYA.

Assalammualaikum hingga berjumpa lagi...


01 Disember 2014

HARI BAHAGIA....Adinda ku...

Assallammualaikum,

Bertemu kembali di entry ini...Semoga kalian semua dikurniakan Allah dengan kebahagian, kedamaian dan Allah akan permudahkan urusan kalian di dunia dan di akhirat ...Aamiin.

Semalam terlalu indah untuk di kenang, Bertempat di Hotel Furama  Singapore , 29 November 2014 bermulanya detik  bersejarah bagi pasangan adinda ku Aispalela binti Ibrahim dengan pilihan hatinya  Affandi bin Hashim. Genaplah 25 tahun mereka membina mahligai bahagia  disamping seorang puteri tercinta.

Hotel FURAMA Singapore
Detik indah suatu ketika dulu
Diraikan sanak saudara

Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakan kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.
Ya Allah , hiasilah hidup kami dengan perasaaan kasih sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya.. Janganlah kau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan  cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.
Ya Allah , kurniakanlah dari kami  zuriat yang soleh dan solehah. Ya Allah , izinkan kami menekmati hidup bahagia ini sehingga suatu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami .


Setulus hatimu Shkin..Sedap keknya..

Sepanjang 25 tahun melayari alam berumah tangga seribu satu perkara pahit manis, suka dan duka dalam hidup alam rumahtangga dihadapi. Sebenarnya perkahwinan ini merupakan suatu yang saling lengkap melengkapi. Kekurangan si suami disempurnakan oleh kelebihan si isteri. Kelemahan si isteri dilengkapi oleh kekuatan si suami. Saling memberi dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan dan menerima pasangan seadanya tanpa mempertikaikan jodoh yang ditentukan. Jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT sebenarnya tersembunyi suatu hikmah yang hanya Dia yang maha mengetahui. Tugas kita menerima jodoh tersebut dan terus membajainya dengan kasih sayang berteraskan iman dan taqwa kepada Allah, Insya Allah kasih sayang tersebut diberkati dan terus mendapat limpahan rahmat dari Allah.


Bersama suami tercinta, ayah bonda tersayang  dan puteri yang dikasihi...

Syukur alhamdulliah ingatan daripada saudara mara yang menyayangimu..

Pulut kuning penyeri majlis
cendera mata untuk hadirin ... terima kasih..

Merakam kenangan dimajlis yang bahagia...
Kami sempat datang dua beranak aje... alhamdulliah..
 Merakam kenangan bersama yang dirai..

Keluarga Mak Engah
Keluarga Wak Madon
Keluarga Bik Edah
Keluarga Bik Liza
Keluarga Ayah Nin
Keluarga Ayah Busu
Keluarga Nor












Pelbagai judah.... ehem enaknya...