Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

27 Disember 2014

Bukit Tinggi oh Bukit Tinggi Fasa 2...


Fasa 2....

Assalammualaikum WBK, di suasana yang hening ini dapat kita kembali bersua di entry yang bertuah ini.  Syukur kehaderat Allah SWT dengan limpah dan kurnianya kita diberi peluang untuk bernafas lagi.. Dikesempatan ini saya ingin memanjatkan doa agar sahabat dan saudara mara kita yang menghadapi musibah banjir akan sentiasa tabah dengan ujian Allah ini. Mudah-mudahan segala yang berlaku ada hikmahnya dan Allah akan permudahkan segala urusan...Aamiin.. Syukur alhamdullilah...

Berbalik kepada percutian kami ke Bukit Tinggi, setelah sehari suntuk kami menjelajah akhirnya kami sampai di tempat penginapan lebih kurang pukul sembilan waktu tempatan.Tempat yang bertuah itu ialah...Nuansa Maninjau Resort.
Nuansa Maninjau Resort.

Merehatkan minda di Nuansa Maninjau Resort.
Merakam kenangan di lobi hotel...
Juadah yang disediakan...
Sarapan yang saya pilih  pagi ini di Nuansa Resort.... 
memang enak tak pernah lagi saya jumpa di Malaysia
Merakam kenangan dari Nuansa Resort





Panaorama alam yang mempesonakan dan  begitu indah  di rakam dari Nuansa Resort



Setelah selesai bersarapan pagi kami akan memulakan perjalanan ke Tasik Maninjau atau Danau Maninjau.  Lokasi Tasik Maninjau terletak lebih kurang 36 km dari Kota Bukit Tinggi.Perjalanan menuju ke sana jalan nya berkelok-kelok yang dikenali sebagai kelok 44 (kelok ampek-ampek).
Begitu teruja mereak nak ke Tasik Maninjau..

berkongsi panarama alam yang indah di sepanjang perjalanan ke Tasik Maninjau..





Sabar menanti untuk fasa seterusnya...

25 Disember 2014

Bukit Tinggi Oh Bukit Tinggi..... 2014...

Fasa1..........................



Asslammualaikum WBK dan salam sejahtera. Sebelum memulakan bicara terlebih dahulu ku titipkan rasa  bersyukur kehaderat Allah swt dengan limpah dan kurnianya dapat kita berjumpa kembali di entry yang bertuah  ini. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman percutian kami penghujung  2014 .

Kali ini destinasi percutian kami  ke Padang Bukit Tinggi. Seperti biasa kami akan pergi bersama keluarga adik perempuan ku Ailezah dari Singapura. Kami belepas dari KLIA 2 lebih kurang jam 8.45 pagi waktu Malaysia dan sampai di sana lebih kurang pukul 8.55 pagi waktu tempatan.
Merakam kenangan di KLIA 2...



Kedudukkan Padang Bukit Tinggi Sumatera
Terlanjur sudah sampai ke negara Minang apa kata kita layan dulu lagu ni...

Kota Padang merupakan Ibu negara Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Kota Bukit Tinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan membujur sepanjang pulau Sumatera dan dikelilingi oleh dua gunung berapi ia iatu Gunung Singgalang dan Gunung Merapi.  Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh Republik Indonesia yang terkenal.
 MINANGKABAU INTERNATIONAL AIRPORT 
Padang, Sumatera Barat.
Hai...nenek...
Lautan Hindi terbentang luas...

Hai Pak Usu..
Bersama Pak Tono pemandu pelancong kami... Beliau seorang yang begitu peramah..
Hilangkan dahaga...
Sudah agak lama tak jumpa telur penyu.....
Telur penyu di rebus dengan daun pandan..
Pandainya Hasyaa menekmti telur penyu yang lazat...
 Nenek lama dah tak makan...
Setelah menghilangkan dahaga kami dibwa  bersiar -siar di Kota Padang dengan menekmati keindahan Lautan Hindi yang terbentang luas... Jauh perjalanan luas pemandangan, lain tempat lain budayanya...Destinasi seterusnya kami akan meneruskan perjalanan ke Maninjau. Di dalam perjalanan kami singgah di Lembah Anai sekali lagi kami teruja menekmti keindahan alam ciptaan Allah yang maha berkuasa.Menakjubkan...
Air terjun Lembah Anai
Menurut kata Pak Tono air terjun Lembah Anai ini dengan ketinggian lebih kurang 35 meter.Air terjunnya terkenal dengan kedingian dan beliau menambah jika si gadis membasuh muka akan menambah awet mudanya... 


Pelukis jalanan,.... 10 minit siap potretnya bu....Betul apa yang dijanjikan..
Kami meninggalkan panaorama indah untuk perjalanan seterusnya. Apa lagi perut dah memulakan irama keroncongnya. Kami singgah di Restoran Pak Datuk atau rumah Makan Pak Datuk. Semestinya di sini makan yang disediakan sudah pasti nasi padang

Pelbagai lauk nasi padang yang disajikan...


Teka jus apa ni...
Rumah Gadang (besar) merupakan rumah yang besar yang didiami oleh ramai keluarga dari satu suku. Setiap keluarga di peruntukkan satu bilik sahaja.  Anak lelaki yang berumur sepuluh tahun ke atas tinggal di masjid untuk mempelajari ilmu agama dan ilmu mempertahankan diri sebagai persediaan untuk merantau.

Di hadapan Rumah Gadang, biasanya ada beberapa rumah kecil seperti ini, untuk tempat menyimpan padi. Biasanya, satu bagi menyimpan padi untuk makanan harian  keluarga, satu untuk kegunaan semasa kenduri-kendara, satu untuk membantu orang miskin dan sebagainya.
Pegawai rumah Gadang memberi penerangan kepada pelawat.
pemandangan yang mempesonakan dan sejuk mata memandang...
Si gadis cilik memperagakan pakaian Minang...
ukiran yang indah
Untuk mengakhiri perjalanan  hari ini kami sempat di bawa ke warung Talago untuk menekmati  'kek neraka' kata Pak Tono..Apa dia kek neraka tu?...
Menanti dengan penuh sabar 'kek neraka'

Yang menjadikan kek neraka ialah membakarnya menggunakan api
 di atas dan di bawah menggunakan kayu manis untuk 
memasaknya dan beralaskan daun pisang menambahkan aromanya
 

Ini le dia rupanya ;kek neraka' lempeng kelapa sebenarnya...

Terlalu enak untuk dinekmati..


Niat dihati cuma nak merasa. tapi apa dah jadi.....


Yang putih lempeng kelapa dan yang merah lempeng pisang...

di pesekitaran warung Talago

Setelah seharian berjalan kami akhirnya bermalam di sini...Sekiranya terdapat kata-kata yang kurang enak pohon ampun dan maaf ya....
Yang merah itu saga 
Yang kurik kendi
Yang indah bahasa
Yang baik budi...