Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

29 Disember 2013

CAMBODIA KITA JUMPA LAGI

Bahagian4
Dari Bahagian 1 (klik)
Dari Bahagian 2 (klik)
Dari Bahagian 3 (klik)


Beli belah di bumi Kemboja...

Assalamualaikum ,

Kebiasaannya bila kami melancong,  tujuan utama bukanlah seratus peratus untuk membeli belah. Kami sekadar mencari pengalaman baru di tempat orang bak kata pepatah melayu  jauh perjalanan luas pemandangan. Walau bagaimana pun ada juga yang dibeli sebagai kenangan dan buah tangan. Sepatah kata  PPD Pasir Gudang " Biar menyesal membeli jangan menyesal tak membeli"...teringat-ingat katanya.

Bila  sebut tentang pusat  beli belah,  anda  mesti  bayangkan seperti  Pasar Baru di Bandung, Ben Thanh  di Vietnam, Mangga 2 di Jakarta, Paratunnam di Bangkok atau Pasar Groseri di Surabaya tetapi di Kampuchea juga punya pusat membeli belah yang  tersendiri....Jom kita tinjau tempat beli belah mereka, jikalau tidak berhajat hendak membeli kita sekadar menjamu mata….menjamu selera memang kita tidak berpeluang di sini…


RUSSIAN MARKET

Toul Tom Pong atau Russian Market yang popular di kalangan pelancong.  Russian market mempunyai sejarah tersendiri mengikut keterangan daripada Pemandu Pelancong yang membawa kami. Nama ini diberi disebabkan terdapat ramai orang Rusia di sekitar tahun 1980an.  Namanya begitu gah...tetapi ia adalah sekadar nama , namun ia  seperti tempat beli belah yang lain. Menjual pelbagai barangan  seperti minuman, makanan ringan, bermasak, ukairan tradisional, permata, kraf, sutera pelbagai macam dijualnya.Di sini juga mereka mempamirkan pelbagai hasil seni tangan tradisional untuk memikat hati pelancong...

Tips:
- Keseluruhan Russian Market ini  tertutup dan kita  merasa sangat panas.
- Waspadalah terhadap penyeluk saku.
- Buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang


Lorong yang kita lalui untuk ke Russian Market....





Kami sampai di sini sudah agak lewat kebanyakkan kedai sudah di tutup

Geramnya tengok bunga segar....



Central Market 

Central Market berbeza dengan Russian Market dari segi bentuk bangunannya. Ia mempunyai Kubah yang agak besar dan terdapat empat  sayap.  Di bawah kubah mereka menjual  perhiasan perak dan batu permata tempatan, Woiii....mencabar keimanan melihat batu permata yang berkilauan...Harganya agak berpatutan...cantik.....Jika anda pernah bertandang ke Vietnam barang-barang yang mereka jual di sini sama seperti di Ben Thanh Market.Cuma di sini terkenal dengan kain sutera yang halus buatannya. Jual beli mereka menggunakan USD dan mereka kurang berminat denagn mata wang mereka sendiri iaitu 'Riel'...Mereka juga sangat fasih berbahasa Inggeris. (Bahasa Melayu...sepatah haram mereka tak faham...)

Menurut keterangan Pemandu Pelancong kami .Pasar ini mula dibina pada tahun 1935 dan siap pada tahun 1937 oleh Desbois dan Chauchoun.  Pasar ini begitu popular di bandar Phnom Penh dan jadi tumpuan para  pelancong.  Selamat membeli belah....


Tips:
- Keseluruhan pasar tertutup dan terdapat gerai-gerai di sekitarnya.
- Lebih selesa dan teratur serta bersih.
- Buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang


Tugu...

Sempat beli kelapa muda untuk ibu katanya....

Berpinar biji mata melihat keindahan permata....permata oh permata..

kain baju beraneka corak

Melambak-lambak kain sutera....pilih jangan tak pilih

Sutera kemboja

Nenek tak beli apa-apa ke...

 Ayunya gadis Kemboja ni...

Cenderahati...

diantara wajah-wajah gadis Kompuchea...


Cantik tak lukisan ni...

Lupa nak rakam gambar pelukisnya...beliau melukis di situ secara langsung...


Pusat Beli Belah Moden (Tak tau nak sebut namanya)

Kedai permata lagi...di mana-mana permata...oh permata hatiku..




Kedai Permata
(meleleh air mata memandangnya.....yang mana satu pilihan kalbu)



F.O.S Cambodia

Cantik tak beg nenek ni....


#ketika membeli belah#

- Boleh tawar menawar dan tawar dengan harga yang paling rendah
(survey banyak kedai terlebih dahulu untuk mencari harga yang paling rendah)
peniaga di sana lebih senang menggunakan matawang USD

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap hari ketika umat manusia memasuki waktu pagi, pasti ada dua Malaikat turun. Satu di antara keduanya akan mengucapkan: Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang berbelanja iaitu menggunakan harta untuk beribadat, untuk kepentingan keluarga, tetamu, bersedekah dan sebagainya. Sedangkan Malaikat yang satu lagi akan mengucapkan: Ya Allah, berikanlah kerosakan iaitu kerugian kepada orang yang tidak mahu berbelanja".
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a 

Wassalam


27 Disember 2013

CAMBODIA LAGI.....

Bahagian 3
Dari Bahagian 1 (klik)
Dari Bahagian 2 (klik)

POL POT....
Assalammualaikum,

Masa berlalu begitu pantas, rasa macam tidak berkesempatan untuk menulis di entry ini untuk menyambung pengalaman di bumi Kemboja. Saya luangkan masa sebentar dan menulis ala kadar sahaja mengenai cerita di bawah. Sekiranya apa yang saya tulis tidak menepati cita rasa pembaca saya mohon maaf.

Setelah selesai sarapan pagi di Local Restoran kami dibawa melawat ke Toul Sleng, Penjara Tahanan Pol Pot dan Muzium Cheoung Ek, iaitu kawasan yang menjadi saksi kepada kekejaman Pol Pot dan tentera-tenteranya.Di sini menjadi saksi kekejaman regim Pol Pot di Kemboja.Ribuan tengkorak manusia yang ditemui dikubur- kubur besar dikumpulkan di sini.  Rakyat Kemboja baik Muslim maupun Budha masih belum lupa kekejaman regim Khmer Rhouge itu.


Tugu peringatan
Penjara  Toul Sleng




Terdapat pelancong dari barat yang sama melawat muzium tersebut menangis kesedihan melihat tengkorak tengkorak manusia.Ya,pol Pot memang kejam,tetapi dia sudah tiada di dunia ini,tak perlu lagi ditangisi.Pol Pot tak kan mengganas lagi,dan yang mati tak kan bangkit kembali


 Sebahagian kubur yang terdapat di penjara ini


Katil tahanan perang



Askar Pol Pot


Sebahagian gambar mangsa kekejaman Pol Pot









Sempat merakam kenangan bersama  En.Bou Meng

Bou Meng berusia 71 tahun. Dia seorang  pelukis potret, bekas askar revulosi komunis bersama Yuva kak League (Cambodian Communist Youth League)  dan tahanan yang terselamat dari kekejaman rejim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot (Ehsan Pak Goggle)



Muzium Choeung EK Genocidal



Dengan bayaran 2 dolar, perkara pertama yang kami lihat ialah tengkorak-tengkorak  mangsa-mangsa yang dibunuh kejam oleh tentera Pol Pot. Tidak dapat dipastikan berapa banyak tengkorak yang disimpan di dalam bangunan museum. 

Ia berlaku pada tahun 1980, dianggarkan seramai 70,000 orang telah dibunuh dengan kejam seperti disembelih, diracun, ditusuk dengan buluh dan ditembak.


Killing-fields-site-006

MINOLTA DIGITAL CAMERA

Seterusnya kami boleh melihat beberapa lubang besar. Lubang-lubang besar ini digunakan oleh tentera Pol Pot untuk mencampakkan mayat ataupun yang nyawa-nyawa ikan mangsa-mangsanya. Mangsa-mangsa kekejaman Pol Pot terdiri daripada mereka yang bijak pandai seperti ahli politik, jururawat, doktor, cikgu, jurutera dll. Dalam banyak2 tempat di Choeng Ek ini, terdapat satu tempat yang begitu memilukan hati sesiapa pun. Sebatang pokok yang menjadi tempat hempasan kepala kanak-kanak yang tidak tau apa-apa. Bayangkan kanak-kanak berumur 2- 5 tahun yang baru nak mengenal dunia dan tidak mengerti apakah makna peperangan dihempaskan kepalanya di sebatang pokok besar. 







Di situ terdapatnya kubur besar yang menempatkan beribu-ribu mangsa yang terkorban disebabkan kekejaman tentera Pol Pot Killing Fields bersejarah oleh kerana rakyat Kemboja mati dibunuh beramai-ramai secara kejam




Bilik tayangan




Di dalam muzium




Pakaian tentera Pol Pot


Bulan mengambang bintang bekerlipan
Pungguk menangis rindukan teman
Agar menyinggung silap perlakuan
Ku pohon maaf darimu tuan.