Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

07 Disember 2011

Hai Si Ikan Debam.....

Ikan Debam......

Sebagai anak nelayan pantai seperti saya memang mengenali nama ikan ini. Di tempat saya ia dikenali sebagai ikan 'Debam'..... Nama saintifik: Siganus javus ...Ciri-ciri ikan debam ini hampir serupa dengan ikan dengkis melainkan warna dan corak badannya yang berbeza. Ikan iniIkan ini sangat sedap bila dibuat asam pedas , ditambah dengan lada hitam dan ditambah dengan daun kesum.....sungguh menyelerakan....


- Asam Pedas Ikan Debam



Asam Pedas Ikan Debam.....

Bahan utk dikisar
!0 - 20 btg cili kering (direndam hingga lembut)
4 - 5 ulas bawang besar
6- 7 ulas bawang putih
sedikit belacan
1tsp serbuk kunyit

segenggam asam
2 cawan air
garam

daun kesum

minyak

Cara :

1. Tumis bahan yang dikisar hingga garing.

2. Bubuh garam

3. Masukkan asam yang sudah dicampur ke dalam air, gaul.

4. Biarkan mendidih, masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak (kecilkan api)

5. Kalau mahu tambah pedas boleh masukkan lada hitam yang dikisar. Masukkan daum kesum.

3 ulasan:

  1. Saya biasa makan ikan ini, tapi tak tau namanya 'debam;, almaklum saya orang darat dan bukan anak nelayan. Asal ikan boleh dimakan, saya makan.

    Yang saya tau lagu ....'kau memang debumm' Hahaha, saja bergurau. Sebenarnya bila baca di FB CA tentang ikan debam ni, itulah kali pertama saya menyebutnya. Teruk betul saya. Nampak sangat cetek pengetahuan tentang hidupan laut. Dan bila CA buat cerita di blog ini membuatkan terbuka hati saya melihat di google tentang ikan ini.

    Sedikit sebanyak menerusi blog dan FB CA saya telah mendapat satu ilmu tentang nama ikan. Walaupun sudah hampir di hujung penghidupan. Jadi siapa kata blog dan FB membazir malah ada orang yang menutup blog dan FBnya.

    Tentang kacang pol itu pun memberi kenangan kepada saya. Saya telah diajak oleh seseorang peserta kursus semasa di JB makan kacang pol di larkin. Itulah kali pertama saya merasanya.

    BalasPadam
  2. En.Atih cubalah masak ikan debam sedap...

    BalasPadam
  3. Orang lama ajar sy. masak ikan debam/dengkis ,asam pedas lada hitam letak daun kucai.Kucai d potong kasar.Sy telah cuba byk.kali.memang lain rasanya.Sgt enak...lada hitam jgn. lupa.
    -AtaLoy

    BalasPadam