Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

05 Mac 2012

Puteriku bakal bergelar cikgu.


PBS di SKTJJ2.

Saya memanjatkan syukur alhamdulliah kehaderat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah puteriku menjalani PBSnya di sekolah saya. Mereka bertiga ditempatkan di sekolah ini untuk menjalani PBS selama seminggu. Mereka menuntut di IPG Kampus Tun Hussin Onn , Batu Pahat di dalam bidang Bahasa Inggeris (TESL). Sebagai bekas pelajar di sekolah ini beliau diberi kesempatan untuk memberi motivasi dan kata-kata semangat untuk pelajar tahun 6. Saya percaya beliau boleh melakukannya. Hari ini adalah titik permulaan bagi beliau untuk menimba seberapa banyak ilmu di profesion perguruan ini. Mudah-mudahn beliau akan berjaya dan bergembira menceburi profesion ini.....



Diberi kepercayaan untuk menyampaikan motivasi kepada murid tahun 6




Merakam kenangan bersama Puan Guru BesarSKTJJ2


Sempat juga saya merakam gambar kenangan bersama mereka.






Ucapan Pn. Maznah bt Main (GPK 1)

Penyampaian hadiah kepada pemenang
oleh Pn.Guru Besar Pn.Masnah bt Hamid








2 ulasan: