Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

29 Jun 2013

Mee Rebus

Photo: MEE REBUS JDT

Bahan-Bahan
1 kilogram mee kuning dan dicelur
300 gram taugeh
2 tangkai daun sup dan dihiris
2 tangkai daun bawang dan dihiris
8 biji cili merah dan dihiris
4 keping tauhu goreng dan dihiris
Sedikit bawang goreng
6 biji telur dan dibelah
6 biji limau kasturi dan dibelah
Bahan Penumis Dikisar
2 sudu besar ketumbar
8 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan manis
Bahan Kuah
300 gram daging dan dicincang
200 gram tetel dan direbus
300 gram keledek dan direbus
250 gram udang basah
5 sudu besar taucu
1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus
1 batang serai dan diketuk
2 sentimeter lengkuas dan diketuk
½ cawan minyak masak
Garam, gula dan air secukupnya
Cara Penyediaan
Panaskan minyak masak dalam periuk.
Tumiskan bahan penumis hingga garing.
Masukkan daging cincang, tetel dan udang.
Gaulkan supaya bercampur rata.
Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit.


MEE REBUS

Bahan-Bahan

1 kilogram mee kuning dan dicelur
300 gram taugeh
2 tangkai daun sup dan dihiris
2 tangkai daun bawang dan dihiris
8 biji cili merah dan dihiris
4 keping tauhu goreng dan dihiris
Sedikit bawang goreng
6 biji telur dan dibelah
6 biji limau kasturi dan dibelah
Bahan Penumis Dikisar
2 sudu besar ketumbar
8 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering

Bahan Kuah
300 gram daging dan dicincang
200 gram tetel dan direbus
300 gram keledek dan direbus dan kisar halus
250 gram udang basah
5 sudu besar taucu
1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus
1 batang serai dan diketuk
2 sentimeter lengkuas dan diketuk
½ cawan minyak masak
Garam, gula dan air secukupnya

Cara Penyediaan

Panaskan minyak masak dalam periuk.
Tumiskan bahan penumis hingga garing.
Masukkan daging cincang, tetel dan udang.
Gaulkan supaya bercampur rata.
Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit
.



Sekiranya....

Dalam derita ada bahagia, dalam gembira mungkin terselit duka.. Tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu.. Bibir mudah mengucap sabar, tapi hati yang remuk menderita.. Insan yang memandang mungkin mempunyai berbagai tafsiran..

Segala takdir terimalah dengan hati yang terbuka walau terseksa kerana ada hikmahnya.. Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma.. Itu jelasnya membuktikan ALLAH mengasihimu setiap masa.. Lalu diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan.. Hanya yang terpilih sahaja di antara berjuta mendapat rahmat-NYA..

Sesungguhnya ALLAH rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan.. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi....

09 Jun 2013

Erti sebuah kehidupan.....






Hujan yang turun..
mengimbas cerita-cerita semalam..

Cerita semalam yang telah lama tersimpan..

dalam album kenangan..
Cerita yang berenda dengan bunga-bunga cinta..
Cerita cinta yang telah lama...
tersimpan dalam lipatan rahsia..
Ingin aku lupakan segalanya...

kisah kasih cinta yang berdepan dengan...

rasa cemburu dengki dendam..
Namun makin aku ingin melupakan...
makin ligat setiap kenangan bermain...
berligar-ligar di kotak ingatan...


Pada bayu...
Ini pintaku...

Jangan kau hembus tiap kenangan yang telah pun aku lontar..
ketengah lautan...dan tenggelam di dasaran...
Kenangan itu bukan lagi milikku...

Mamai Bayu Awan...

kala kedinginan dalam kebasahan tika menderu dalam hujan...






 Bayu,,,,,,
Lontarkan kenangan itu padaku
Akan kusambut mesra

Biarpun hanya sisa-sisa
Kukutip cantumkan semula
Mengimbau kenangan yang tak sudah
Hanya itu kenangan yang ku ada
Milik kita berdua
Tika cinta berputik ditangkainya
Mengapa harus dilontar
Apakah ianya terlalu hina
Jangan,,,,,
Jangan menambah luka yang ada
Biarlah kusimpan
Dilubuk hatiku yang paling dalam
Daripada tenggelam kedasar laut yang tak bernisan
Kenangan itu akan tetap jadi milikku
Tika bersamamu
Kerna aku rindu
Rindu padamu: