Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

18 Februari 2010

Kampung Ku.....

Kenangan Lalu.

Satu ketika dulu di sungai ini lah tempat kami bergelumang...Bila pulang dari Sekolah Agama pastinya di sungai ini destinasi kami....berenang sepuasnya baru pulang ke rumah.Kalau nak cari kami tak payah susah-susah cari aje di sungai ini....Pernah arwah Pak Itam ku menyembunyikan pakaian kami...berendamlah kami dalam sungai hingga ke malam....malu nak keluar (mengigil dan kecut satu badan) Tapi tak serik esuk berenang lagi sampai dah tak kuasa 'orang tua tu' nak menegahnya.. Di sungai ini jugalah membuat ku pandai berenang hingga sekarang...Dulu tidak ada istilah kuak lentang yang ada cuma "terjun botol, berenang kapal (telentang), berenang itik, berenang belon " kami juga "terror" menyelam...Seronoknya bila dikenang zaman kanak-kanak tidak ada yang perlu difikirkan...yang penting seronok...




Kini anak-anakku pula nak menerokai sungai ini....Tapi mereka tak berani nak ke tengah sungai.
Kelapa 'komeng' tak lepas di tangan takut tenggelam....
(Yang mereka tau kalau nak berenang kat pantai atau kolam renang)


Ala-ala kolam renang tak....

3 ulasan:

  1. Woiyoooo.....C Aisah pandai bernang rupanya. Saya (malu nak beritahu) tak pandai berenang. Kg saya di kawasan bukit. Tak ada sungai. Masa kecik-kecik dulu, adalah sekali-sekala tu curi-curi mandi sungai kat parit besar di rumah kawan. Tapi mak selalu marah sebab takut anaknya lemas.

    Tapi kalau panjat pokok saya boleh panjat dari pangkal dan turun melalui hujung dahan. Tapi itu semua masa kecik-kecik. Sekarang ni panjat tangga pun dah mengah.

    Saya seorang pengakap. Suatu ketika ada budak lemas depan mata saya. Saya tak tolong, tapi saya lari panggil orang lain.....

    BalasPadam
  2. Saya pun tak le pandai sangat setakat nak timbulkan badan atas air tu boleh le....

    BalasPadam
  3. Cerita tentang panjat pokok saya pun biasa sangat tu...dulu kecik-kecik ambik upah panjat pokok manggis...1 biji upah dia dua sen....kayo masa tu...saya orang susah macam-macam keja saya lakukan...

    BalasPadam