Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

22 November 2011

Cuti Sekolah....



Aktiviti Pagi.....

Jika diizinkan Allah dan dipanjankang usia, saya akan menamatkan perkhidmatan dalam profesion Perguruan pada pertengahan tahun 2012....Terasa sayang untuk meninggalkan profesion yang amat saya cintai ini, ia dah sebati dan menebal di jiwa ini....apakan daya kita sebagi penjawat awam mesti akur dengan perintah yang telah diwartakan...samapai masa kita kena PENCEN....

Untuk membuat persiapan sebelum pencen saya perlu membiasakan diri saya dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Salah satu hobi saya sejak zaman anak dara dulu tanam pokok bunga, khususnya pokok keladi. Rumah kami tak punya halaman yang luas untuk bercucuk tanam, punya ruang anjung sekankang kera ....syukur alhamdulliah ada juga tempat berteduh...di situlah dapat saya menanam pokok di dalam pasu...jadilah untuk mengeluarkan sedikit peluh di samping dapat bersembang dengan pokok-pokok kesayanganku setiap pagi...











Tiada ulasan:

Catat Ulasan