Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

20 November 2011

Sahabat lama...............

Sahabat lama bertemu kembali....


Pada 18.11.2011 saya agak terkejut kerana mendapat panggilan telefon dari sahabat lama saya iaitu Pn.Kiah bt Uda Arus. Beliau ialah rakan saya semasa mengajar di Sekolah Orang Asli Cameron Highland. Masa kini beliau masih mengajar di tempat yang sama. Beliau menelefon saya untuk memberitahu kepada saya yang beliau berada di Johor Bahru, beliau menginap di Hotel Selesa Johor Bahru. Beliau ditugaskan untuk membawa pelajar bagi Karnival Sukan Murid-Murid Orang Asli Peringkat Kebangsaan.

Saya sungguh gembira kerana dapat bertemu dengan beliau dan mengimbau kembali kenangan manis semasa saya bersama beliau. Beliau adalah diantara anak Orang Asli yang berjaya di Malaysia ini. Saya amat kagum dengan semangat kental yang diperolehi beliau, disamping beliau sebagai ibu tunggal dengan menjaga anak seramai lapan orang tetapi beliau masih mampu meneruskan penanaman limau nipis secara besar-besaran di kampong beliau.

Terlanjur saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa beliau kembali ,saya tidak melepaskan peluang untuk berjumpa di Hotel Selesa dan membawa sekejap ke teratak kami...Saya rasa terkilan kerana tidak dapat melayan beliau dengan sempurna disebabkan kekangan masa yang amat padat bagi beliau. Semoga dilain masa dan ketika dan diizinkan oleh Allah kita pasti berjumpa lagi....

Pn.Kiah bt Uda Arus

Di Hotel Selesa Johor Bahru...




Sahabat lama bertemu kembali.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan