Kole Kacang
Bahan-bahan ( 7-8 orang
** 1 cawan santan pekat
* 1 cawan gula merah
* 2sudu besar gula pasir
* 1 cwn air
* beberapa helai daun pandan disimpul
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau
secubit garam
Cara-cara
Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dalam kuali.
Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas kacau hingga sebati.
Masukkan adunan tadi dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tidak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dalam bekas atau loyang.
Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dengan tahi minyak
Kole kacang adalah diantara kuih kegemaran saya. Saya selalu suruh mak saya (allahyarhamah) buat. Saya akan makan sampai tak ingat orang lain.....
BalasPadamSekarang suka lagi ke...Puan Sharifah mesti buatkan....
BalasPadam