Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

24 Mac 2014

Karnival Bahasa Melayu 2014.

  19.Mac 2014

Majlis perasmian Pelancaran Karnival Bahasa Melayu Peringkat Sekolah telah dirasmikan dengan jayanya oleh Puan Guru Besar SK Taman Johor Jaya 2 pada 19 Mac 2014 ( Ahad) Puan Masnah binti Hamid.Karnival Bahasa ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu .Sepanjang Minggu Bahasa  Melayu ini, semua murid dikehendaki  menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan mengikut tahap yang ditentukan.

Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah di Johor beli barangan
Kami mengucap Selamat Datang
Apa yang kurang dikeji jangan

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan makbulkan
 


Pengacara majlis...


Pengendali PA Sistem... Terima kasih Cikgu Yusuf dan Usataz Nasaruddin



Guru Besar menyampaikan watikah Perasmian.



Sebagai tanda perasmian pelancaran dengan memotong pulut kuning...


Pulut kuning tidak boleh dipisahkan sebagai simbolik budaya orang melayu..
(Cantik tak...hisan si pulut kuning hasil sentuhan penulis blog ini... 
chewah...ada yang berhajat nak menempah))


Sebagai cenderamata....




Bungan telur untuk semua guru SKTJJ2



Puan Maznah bin Main menyampaikan cenderamata 
untuk Puan Guru Besar Pn.Masnah binti Hamid
Terimalah ia sebagai satu kenangan abadi dari kami....

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.


Barisan pentadbir SKTJJ2...




Hasil usaha Ketua Panitia Bahasa Melayu  Pelancaran Minggu Bahasa
 berlangsung dengan gilang gemilang penuh dengan adat istiadat melayu...tahniah...




Terima kasih kepada AJK Persatuan Bahasa Melayu 
serta pasukan kompang SKTJJ2 kerana telah berjaya
memeriahkan majlis ini.


Warga Pendidik SKTJJ 2 2014...



Teruskan senyuman mu...


Sendirian....



Tiada yang sudi ....biarlah sendiri....



Sama cantik sama padan...baju sepasang sehati sejiwa...


Ini juga sehati sejiwa...



Seronoknya mereka .....Kerana mu
Kami berada disini....sayang kamu...






Hasil penat lelah kami telerai sudah....



                                              Bunga layu di dalam taman,
Bunga ditanam di kawasan gurun;
Warisan Melayu jangan ditinggalkan,
Menjadi kebanggaan turun-temurun.

Menabur jasa tidak dipinta,
Untuk membela kedudukan diraja;
Berbudi bahasa amalan kita,
Walau berada di mana jua.

Ranting kayu jatuh melata,
Buah peria pahit terasa;
Bahasa Melayu bahasa kita,
Gunakan ia sepanjang masa ....



5 ulasan:

  1. Tahniah...
    Sungguh menarik susunan acara..diserikan pulut kuning yg cantik...
    Idea kak Aisah x pernah lekang untuk menghasilkan yg terbaik

    BalasPadam
  2. Terima kasih adindaku sayang, kau sentiasa diingatan...

    Tenang-tenang air di laut 
      sampan kolek mudik ke tanjung, 
      Hati terkenang mulut tersebut
       budi yang baik rasa nak junjung,
     

    Asap api di Tanjung Tuan 
      Kuala Linggi bakaunya rendah, 
      Harap hati kepada puan
    langit tinggi ku pandang rendah

    BalasPadam
  3. Pulut kuning indah tersusun,
    Hasil kreatif cikgu yang hebat,
    Catatan menarik bersulam pantun,
    Terkenang imbau untuk sahabat.

    BalasPadam
  4. En.Atih...
    Terima kasih daun keladi bila baca komen lagi...

    Bila memandang ke muka laut,
    Nampak sampan mudik ke hulu,
    Bila terkenang mulut menyebut,
    Budi yang baik teringat selalu......



    BalasPadam