Teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya
Assalammualaikum...
Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.
Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....
01 April 2016
30 Disember 2015
Sambutan Jubli Emas 1966-2016
DIRGAHAYU SMKGP
Sudah 50 tahun sekolah ku
Kami yang dulu telah jauh terpisah,
di batasi ruang dan waktu
Yang lama membawa haluan berbeza
mengurus hidup sendiri
Kini sebahagiannya bertemu kembali
Biduk lalu kiambang bertaut lagi
Semoga ia kekal begini
Bertambah rakan sahabat yang dulu berkongsi rasa di hati
Sambil mengimbau cerita dulu
Yang sarat dengan kisah sedih riang dan lucu
Kita semua begitu
Nukilan Tukimin Robani
16 Disember 2015
17 Mei 2015
Setahun telah berlalu....
Assalammualaikum WBK, di suasana yang hening ini dapat kita kembali bersua di entry yang bertuah ini. Syukur kehaderat Allah SWT dengan limpah dan kurnianya kita diberi peluang untuk bernafas lagi.. Dikesempatan ini saya ingin memanjatkan doa agar semua saudara mara dan sahabat handai berada di dalam keadaan yang sehat walafiat. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan segala urusan...Aamiin.. Syukur alhamdullilah
...
Sejak dah bergelar YB entry ni dah agak bersawang, jika dulu kononnya tak cukup masa...Tapi sekarang dah cukup masa pun tak sempat nak menyinggah di sini...
Pejam celik, pejam celik sudah setahun masa berlalu, Setahun juga saya sudah bergelar YB. Bukan mudah nak dapat gelaran ni...
Semalam 16.Mei hari keramat bagi kami yang berkerjaya seorang guru .... Walau pun sudah bergelar YB tetapi hari sejarah tetap kami nak raikan juga. Ia agak berbeza dari sambutan yang lalu semasa kami masih lagi bergelar cikgu.... Di atas usaha gigih rakan-rakan YB Daerah Johor Bahru majlis berjalan dengan meriahnya ... Syukur alhamdullilah..
Puan Fatimah binti Jamil Pengerusi Majlis
Alhamdullilah dapat berjumpa kembali sahabat - sahabatku...
Syukur alhamdullilah.... rezeki kami...
Acara memotong kek sempena bagi mereka yang lahir pada bulan Mei...
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Acara memotong kek sempena bagi mereka yang lahir pada bulan Mei...
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN
AWANG
1979
Insyaallah jika di izinkan Allah kita berjumpa lagi...
Langgan:
Catatan (Atom)
