Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

13 Mac 2012

Pertandingan sahibba....

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Kebangsaan mulai tahun 2012. Pihak DBP bercadang untuk menjadikan pertandingan ini sebagai program tahunan..


Pertandingan Sahibba peringkat Daerah Pasir Gudang.
Anak bongsu saya ielah dipilih untuk mewakili SMKA Johor Bahru ke pertandingan tersebut.


Mudah-mudahan kumpulan beliau akan berjaya....

OBJKTIF

· Meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

· Menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah dalam membina kosa kata dalam bahasa Melayu.

· Meningkatkan penguasaan dan pengembangan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

· Melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa Melayu.

SYARAT PENYERTAAN

(i) Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah menengah dan sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

(ii) Bagi peringkat menengah peserta hendaklah terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2, atau 3. Bagi peringkat rendah peserta hendaklah terdiri daripada murid Tahap Dua.

(iii) Setiap sekolah boleh menghantar dua orang peserta (digalakkan seorang lelaki dan seorang perempuan daripada pelbagai kaum).

(iv) Pemilihan peserta ke Peringkat Kebangsaan dibuat berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam Pertandingan Peringkat Negeri yang diuruskan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri. Johan, Naib Johan, dan Ketiga pada Peringkat Negeri layak mewakili negeri ke Peringkat Kebangsaan bagi setiap kategori.

KATEGORI PERTANDINGAN

Terdapat dua kategori pertandingan:

(i) Kategori Sekolah Menengah

(ii) Kategori Sekolah Rendah

PENGHAKIMAN

· Setiap meja akan ditempatkan seorang hakim yang akan dibantu oleh seorang penjaga masa.

· Dua orang juri akan dilantik untuk membuat keputusan terhadap sebarang pertikaian.

· Keputusan panel hakim adalah muktamad.

HADIAH YANG DITAWARKAN

Hadiah Pemenang

· Hadiah yang disediakan untuk para pemenang peraduan ini, mengikut kategori masing-masing adalah seperti yang berikut:

Kategori Sekolah Menengah

Hadiah-hadiah bagi kategori ini diberikan kepada peserta yang berkenaan.

HADIAH

Hadiah pertama : Wang tunai RM250.00 dan sijil.

Hadiah kedua : Wang tunai RM200.00 dan sijil.

Hadiah ketiga : Wang tunai RM150.00 dan sijil.

Hadiah sagu hati (9) : Wang tunai RM100.00 dan sijil

PERATURAN STANDARD PERMAINAN SAHIBBA

UNTUK PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH ANJURAN

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

PENGENALAN

1. SAHIBBA ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang. Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan dalam kedudukan yang menguntungkan. Objektif permainan adalah untuk mendapat markah tertinggi.

2. SAHIBBA untuk pertandingan ini dimainkan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan