Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

05 April 2012

HARI PROFESIONALISME GURU CEMERLANG

HARI PROFESIONALISME GURU CEMERLANG Daerah Pasir Gudang

Sehubungan itu kerjasama pihak tuan dipohon untuk membenarkan SEMUA GURU CEMERLANG sekolah tuan menghadiri hari profesionalisme tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:


Tarikh : 05 April 2012 (Khamis)
Masa : 7.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Amansari Residence Resort


Apa itu guru cemerlang?

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” – Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.


Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.


Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.


Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang


Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.

Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.

Meningkatkan motivasi guru.

Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.

Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.

Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.

Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP)



Ucapan perasmian oleh Puan Hajah Fatimah bt Ahmad
Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang

Ucapan alu-aluan oleh YDP Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
En.Khoo Boon Khoon
Ceramah 1: Tranformasi pendidikan
Oleh Ketua Nazir Negeri Johor
Tn.Hj.Mohd Zakaria bin Yusof

Ceramah 2: Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Oleh Penyelaras Guru Cemerlang
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Johor
En.Norazrin bin Amir Hamzah
Merakam kenangan di Hotel Amansari Pasir Gudang









Semoga majlis yang mulia ini akan diberkati oleh Allah SWT....Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan