Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

18 Julai 2012

Bubur Tepung pulut...


Pencuci mulut

Resepi Bubur Tepung Pulut
Bahan Doh
240 g
tepung pulut
Air
secukupnya
pewarna hijau dan merah
Garam secukupnya
Bahan Kuah
250ml air
200g
santan pekat
 2- 3 sudu besar gula ( ikut kemanisan yang di ingini )
Cara penyediaan
1. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan digaul rata.
2.
Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh.  Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.
3.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna merah dan warna hijau.
4.
Gentel kecil kecil kemudian tekan di tengahnya, buat hingga habis.
5.
Masukkan doh tadi dalam air yang telah mendidih.
6.
Apabila doh tadi timbul di permukaan air angkat dan toskan.
7.
Untuk membuat kuahnya, satukan semua bahan kuah dalam 1 periuk dan didihkan.
8.
Perlahankan api agar santan tidak pecah  dan kemudian masukkan doh dan sagu biji yang telah di rendam seketika.
9.
Bila sagu masak bolehlah diangkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan