Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

28 Julai 2012

Kuih Jongkong

Hai sikuih jongkong....
Sebelum saya memulakan tugas di dapur, ingin saya menurunkan resepi KUIH JONGKONG kegemaran ayahnda saya untuk berbuka puasa petang ni...almaklum beliau mengemarinya kerana kuih ini senang ditelan kerana kuihnya agak lembut seperti bubur som-som ...Saya mempelajari membuat kuih ini daripada arwah ninda saya beliau amat mahir menyediakan kuih-muih  tradisional yang enak rasanya dan mudah pula menyediakannya....
BAHAN-BAHAN


100 gm tepung beras
450 ml santan
1/2 sudu garam


·       BAHAN INTI :-
·         100 g gula melaka - dihiris
·         300 ml pati santan


     
   Sediakan daun pisang,dilayurkan dan dipotong 20x24cm persegi.


Kuih_jongkong_msk_pkt


Masak bahan-bahan kecuali inti hingga pekat dan agak lembut.Biar suam.

Kuih_jongkong_+_gulamelaka


Ambil sedikit adunan dan bubuh ke dalam daun pisang dan bubuh pula gula melaka ditengah-tengah tengahnya.

Kuih_jongkong_+_sntn



 Tuang pula pati santan di atas gula melaka.

Kuih_jongkong_d_bungkus

Bungkus seperti kita membungkus tapai,sematkan dgn pencungkil gigi dan kemaskan bungkusan (gunting lebihan daun pisang)



Kuih_jongkong_dkukus



Kukus selama 25 min. Siap untuk disajikan.






Kuih jongkong yang sudah siap dikukus dan bersedia untuk dimakan

Selamat Mencuba









1 ulasan: