Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

30 Mei 2013

Resepi Ikan Guramiiii...


Cubalah....
Ikan gurami bakar...






Resepi ini  pasti menambat  selera anda. Ikan gurami  yang dibakar dengan rempah ratus menambah harum. 
Gurami bakar lebih enak jika disajikan dengan nasi panas  dan sambal belacan mangga yang pedas  untuk hidangan  tengah.

Bahan Gurami Bakar :
Gurami, 1 ekor ( kurang lebih 300 gram ), bersihkan dari sisik dan insangnya
1 biji limau nipis
2 senduk minyak masak
Bahan Kisar :
5 batang lada merah
8 tangkai cili padi( sesuai selera )
Sedikit cekur
Sedikit kunyit
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Perah air limau nipis di atas badan ikan hingga rata.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga harum. Angkat.
Panggang ikan hingga setengah masak sambil sesekali dibalik-balikkan . Angkat.
Lumur ikan  dengan bahan  tumis hingga rata, panggang semula hingga ikan masak dan rencah  meresap. Angkat dan dihidangkan. Sedap....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan