Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

10 Julai 2013

Kuew Teow Kungfu,,,,

Resepi Kuew Teow Kungfu (Untuk seorang  sekali masak)

1oo g  kuey teow ( ambil secekak je untuk seorang makan )
1 biji telur saiz besar ( kalau telur kecil 2 biji )
sedikit lada sulah

(Pecahkan telur, kacau  dgn lada sulah & celupkan kueh teow. Pastu goreng atas kuali, mcm telur dadar. Dah siap angkat dan letak atas pinggan)





Untuk kuahnya

Isi ayam secukupnya  ( jumlah bahan anggaran untuk seorang makan )

daging batang pinang secukupnya

udang secukupnya

sotong secukupnya

Sayur-sayuran ( karot, kobis bunga, pak choi, kailan, cendawan tiram dll )

2 ulas bawang putih



2-3 sudu makan sos tiram ( saya campur sos tiram dengan 1 sudu kicap manis )

1 sudu tepung jagung ( campur dengan sedikit air )

2 cawan air stok udang ( kulit/kepala udang ditumbuk, campur air dan ambil stoknya )

3 -4 biji cili padi ( diketuk atau ditumbuk)

minyak secukupnya untuk menumis


sedikit garam

Cara penyediaan
1. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging dan isi ayam.
Masak sehingga daging atau ayam agak empuk baru masukkan sos tiram, air rebusan udang, lada sulah dan bancuhan tepung jagung.

2. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, seafood, cili padi, lada sulah.

3. Bila sayur layu, sesuaikan rasa ( kalau dah masin tak perlu letak garam ) dan tuangkan kuah keatas kuey teow yang telah digoreng dengan telur tadi…
.
4. Hidangkan dengan cili jeruk atau kicap cuka bercili…. Yummy!!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan