Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

04 Disember 2013

Laksa Asam.....


Laksa asam versi kami...

Pada pendapat saya , untuk memasak laksa tak kira laksa dari mana-mana  negeri sekali pun, ikan memainkan peranan yang begitu penting. Kalau ikan tu segar, hmm laksa anda sudah pasti sedap dan lazat...kalau ikan tu dah arwah lama, rasa tu ok lah juga setakat "ok - ok" jee..lagi satu yang saya ingat, kalau laksa assam ni, kualiti "belacanjuga penting untuk menentukan rasa kuahnya

Kalau nak makan laksa puas, lebih baik  masak sendiri.  Memang susah nak dapat  citarasa  laksa yang bertepatan dengan tekak kita  .Oleh yang demikian kalau nak makan sedap, kenalah masak sendiri walaupun penyediaannya agak meremehkan juga.  Banyak proses yang perlu dilakukan daripada membasuh ikan, merebus ikan, mengasingkan isi ikan dengan tulang, membuat kuah, mencelur laksa, sehinggalah memotong bahan-bahan ramuan untuk hiasanBagi penyediaan laksa kali ini, Ibu Hasyaa Nur Dalili hanya beli laksa basah di S’Mart sahaja. 

Hari ni saya  rasa  Ibu Hasyaa Nur Dalili betul-betul  nak makan laksa asam ….  Laksa asam ni memang menjadi makanan kegemaran  nya dan juga kami sekeluarga. Walaupun kami orang Johor, kami tetap suka laksa asam, Namun  laksa Johor tetap jadi pilihan dan tidak dilupakan  . Sesiapa yang baru belajar nak buat laksa asam jommm kite tengok resepinya kat bawah!!!
Resepi daripada ibu Hasyaa Nur Dalili...


Bahan-bahan untuk kuah:
ikan kembung  / ikan selayang (direbus dan ambil isi nya)
bawang besar
bawang merah
belacan
cili kisar
asam keping
daun kesum
bunga kantan
laksa 1 paket (direndam 1 malam dan direbus
Garam
Bahan-bahan hiasan
telur rebus
timun 
lada/cili padi
Daun salad

 *
kuantiti bahan-bahan terpulang pada abanyak mana yang kita nak buat kuahnya..

 Cara memasak:

Rebus ikan dan ambil  isi ikan tersebut dan kisar/tumbuk.ketepikan
masukkan air dalam periuk, masukkan isi ikan,cili kisar dan bawang yang telah dikisar.
kemudian masukkan daun kesum,asam keping dan bunga kantan serta sedikit belacan tuk menambahkan bau dan rasa.
masukkan garam secukup nye
setelah masak boleh lah di hidangkan bersama laksa dan bahan-bahan hiasan.


Kuah laksa seperiuk...yang dimasak oleh si ibu Hasyaa Nur Dalili..
mi laksa segera yang sudah dicelur..

bahan-bahan untuk hiasan...cili api jangan lupa.


Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan