Assalammualaikum,
Apa khabar sahabat-sahabatku, saudara maraku dan rakan taulan sekelian...Sudah sekian lama saya tidak menjenguk ke blog saya ni, terasa amat rindu padanya, tapi apakan daya kekangngan masa mengatasi segalanya....Syukur alhamhdulliah dengan izin Allah dapat le kita bersua kembali ke blog ini , mudah-mudahan segala urusan kita akan
dipermudahkanNya jua...Aamiin...
Lawatan ke Universal Studio Singapura..
Ini cerita lama..tapi saya nak abadikan juga dalam blog saya ini...
Pada 16hb September yang lalu, kami telah diberikan kesempatan untuk pergi ke USS bersama dengan warga SKTTJ5..memang rancangan yang tidak disangka-sangka pun..
Namun disebabkan hasrat untuk melawat tempat tersebut pada tahun lepas tidak tertunai dan banyak sangat halangan, jadi pada tahun ini bila seorang cikgu menawarkan pakej pelancongan ke sana, kami mmemang tidak melepaskan peluang tersebut...Pada hakikatnya kami tidak pun mengikuti lawatan sekolah tersebut malah kami sekeluarga pergi sendirian…Kami bermalam di rumah adikku di CCK...sempat le dia mengikuti bersama rombongan Cik Kiah ni...
Perkara wajib apabila tiba sahaja di USS ni. mesti bergambar di sini...mercu tanda..
Universal
Studios Singapore (USS)
Sesiapa yang datang ke USS pasti kagum dan berpuas hati dengan segala yang ada didalamnya. Maklumlah tempat entertainment, hiburan sekeluarga. Walaupun begitu ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya hendak melawat ke sana, antaranya :
1. Tidak sesuai untuk orang tua (mak ayah kita-sekitar umur 60thn lbh) kerana tempat itu amat luas dan perlu berjalan ke sana-sini bagi merasai zon-zon studio yang ada didalamya. Memenatkan dan tempat istirehat hanya sedikit disediakan.
2. Tidak sesuai kanak-kanak berumur bawah 2 tahun kerana kebanyakan studio melarang kanak-kanak kecil memasukinya, terutama bawah 2 tahun. Bagi kanak 4 tahun ke atas perlu jagaan orang dewasa.
3. Sediakan diri anda untuk beratur panjang di beberapa studio terutama Studio Transformer. Lenguh kaki tetapi berbaloi. Tempoh masa beratur/tunggu dinyatakan di pintu masuk jadi conggak-conggaklah boleh tahan atau tidak menunggunya.
4. Akhir sekali, jangan lupa mula-mula sampai je terus cari map@peta USS..senang nak bergerak ke sana-sini nanti, kecuali yang ada pemandu arah takpolah..
Yang paling penting tanyalah staf USS sekiranya sesat jalan atau ingin mengetahui lokasi tertentu di USS. Mereka semua adalah petugas dan pekerja yang mesra pelanggan dan sedia menolong walaupun tolong ambil gambar.. mereka tak kisah.. perkhidmatan 5 star hi..hi

Setelah penat melayan anak-anak mencuba pelbagai permainan dan rumah bertema( kami berdua beradik tak le beria-ia sangat malah kami lebih banyak berborak)... waktu untuk makan pula walaupun sudah lewat...Hati-hati dengan pemilihan kedai makan di USS ini...ada yang halal dan ada yang tidak halal...Jadi kita mesti tengok logo halal dalam pamplet yang diberikan...Sangat penting tau...
Walaupun kadar tukaran wang kita sangat tinggi namun untuk makan sangat berbaloi...kebetulan kami mendapat baucer makan 10 dollar Singapura untuk setiap seorang...sudah cukup menjimatkan wang kami..
Keadaan tempat duduk untuk menyaksikan pertunjukkan Transfomer
Kami sempat juga menyaksikan tayangan ‘Transformer 3D Ride.’
Amaran keras: yang cepat cepat pitam dan mabuk, yang ada lemah jantung, pregnant jangan le naik tau sebab memang melambung-lambung..
Tak perasan le pulak time masuk tu beratur macam ular kena palu.. ramai betul orang. Kalau tak beratur panjang rasa-rasa kami dua beradik masuk dua tiga kali agaknya…
Fuhh….yang ini ni memang
best sesangat peperangan ada transformer...Memang melambung-lambung dan terasa jatuh betul-betul bilabahagian nak terhempas tu..pakai cermin mata 3D ,memang betul-betul terasa yang kita berperang dengan robot jahat tu macam nak naik lagi..rugi Zek dan Zatty tidak dapat meraasa naik ni
nak beratur panjang yang tak larat tu…
Sekadar kenangan....
Seronoknya orang tiga bercucu ni...
Sesungguhnya, kunjungan kami satu hari ke sini merupakan satu kunjungan yang tidak dapat kami lupakan..sangat menarik...jika diberi peluang, kami ingin pergi ke sana sekali lagi kerana banyak lagi tempat-tempat yang menarik belum kami rasai dan berkesempatan masuk dek halangan waktu yang terbatas...
Lupa pula, untuk pengunjung Islam, disediakan juga surau untuk menunaikan solat...
Assalamualaikum Tuan/Puan.
BalasPadamSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
RIKO ADRYANSYAH
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com