Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

26 Ogos 2014

Hai Si Rebung Madu...

Assallammualaikum,

Apa khabar semua saudara mara dan sahabat handai. Dikesempatan ini saya ingin menceritakan tentang madu. Madu bukan sebarang madu .......   
Madu yang saya nak ceritakan ini tiada kaitan langsung dengan madu yang sering kita dengar.  Seperti madu asli, madu tualang,madu bak hempedu  ataupun bermadu...

Jika rakan karib saya popular dengan perniagaan Jus Madu Epal (JMU)...Saya pula ingin  nak berjinak dengan REBUNG MADU. Jom layan cerita Rebung Madu

Tunas buluh atau dikenali dengan nama rebung selalunya dijadikan sayur dalam masakan. Rebung madu biasanya dimasak kari, lemak, kerabu atau dijadikan ulam-ulaman. Ia sebenarnya kaya dengan serat dan dikatakan boleh mengurangkan kadar kolestrol.
Rebung madu mempunyai banyak serat dan karbohidrat komplek yang boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit jantung.
Kadar air didalamnya juga tinggi iaitu sekitar 90%. Rebung madu juga mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.
Banyak lagi khasiat rebung madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakit batuk berkahak demam, mencegah sembelit dan kanser kolon. Wallahualam. (Info istimewa daripada Pak Google)





Pokok rebung madu


Rebung madu yang sudah dibersihkan



Rebung sudah siap di rebus


Rebung yang sudah siap di bungkus dan bersedia untuk di jual...



Di antara resepi yang boleh dikongsi untuk menekmati rebung madu...

Lemak rebung dengan udang basah

Bahan-bahanya 
1 kg hirisan rebung, celur dan toskan
300 gram udang bersaiz sederhana,  cuci dan toskan
3 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
10 biji cili padi (jika suka)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan

Cara-caranya
Masukkan rebung yang telah dicelur tadi ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor. bahan kisar halus dan udang. Kacau rata dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cari dan jika perlu boleh tambah sedikit air. Kacau dan biar mendidih.
Masak hingga rebung lembut. Masukkan daun  kunyit. Tuang pati santan. Kacau rata dan  garam secukupnya. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng....


Lemak rebung madu  dengan daging tetel..
Bahan-bahanya :-
500 garam Daging Tetel (direbus hingga empuk)
700 gram hirisan rebung madu (dicelur, toskan)
1 liter santan cair
400 gram santan pekat
1/2 inci kunyit hidup *
3 biji bawang merah kecil*
3 biji cili merah*
20 biji cili padi kampung*
asam keping
daun kunyit
2 batang serai dititik
garam secukup rasa

Cara-caranya 
1)Masukan rebung yang telah dicelur dan ditoskan tadi kedalam periuk rebus daging tadi.
2) Kemudian masukan bahan kisar (*) tadi, kacau, lepas tu masukan santan cair dan serai , kacau selalu supaya tak pecah santan.Masak hingga rebung lembut.Guna api yang sederhana.
3) Kemudian masukan asam keping dan daun kunyit, bila dah mendidih masukan santan pekat dan daun kunyit.
4) Siap untuk dihidang




Resepi rebung madu dengan ikan tenggiri

Bahan-bahannya
2 - 3 cawan rebung madu , cuci , rebus dan dan toskan
4 keping ikan tenggiri
1 keping asam gelugor
600 ml santan cair
300 ml pati santan
3 batang serai, dititik
Garam
1/3 cawan cili padi*
1 1/2 inci kunyit hidup*

Cara-caranya

Satukan rebung, bahan tumbuk, serai titik, asam gelugor dan santan cair. Kacau rata dan tenggekkan atas api sederhana sehingga mendidih.
Masukkan ikan dan kacau perlahan dan tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa.. Masak atas api perlahan, kacau sekali sekala sehingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api...


Resepi Kari ayam campur rebung madu

Bahan-bahannya

1 ekor Ayam-bersihkan dan potong 12
2 biji Bawang Besar(saiz sederhana)- dibuat 2 bahagian, 1 untuk di gaulkan ke dalam kari & 1 untuk menumis
5 biji Bawang putih-dibuat 2 bahagian, 1 untuk di gaulkan ke dalam kari & 1 untuk menumis
1/2 inci Halia - hiris halus
Rempah kari Ayam
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
2 camca besar kerisik- seelok2nya buat sendiri kerisik..lagi sedap
2 tangkai Daun kari

1 cawan santan pekat
3 cawan air- sekiranya anda hendak lebih pekat kurangkan air.
Rebung-dipotong-potong 
sedikit minyak untuk menumis.
Garam secukup rasa.

Cara-cara nya

1. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang dan seterusnya bawang merah dah bawang dalam periuk
2. Sementara itu, campurkan rempah kari,bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta kerisik dan halia yang dihiris halus dalam bekas lain dengan 1 cawan air.
3.Bila bahan tumis agak kekuningan masukkan campuran rempah tadi, kacau seketika dan terus masukkan ayam dan daun kari dan biarkan . Tutup periuk dengan penutup periuk agar ayam cepat masak.
4.Setelah anda dapati ayam sudah masak, masukkan santan pekat serta air secukup nya,
5.Masukkan rebung serta secukup rasa garam.Biarkan rebung masak.
6.Bila kuah gulai mula mendidih anda boleh tutupkan api dan siap untuk dihidangkan.



Gulai Rebung

Bahan-bahannya

Rebung madu secukupnya
7-10 ekor udang segar
Kunyit hidup
1 batang serai
10 biji cili padi
1/2 kilo santan
1 asam keping~
Garam secukup rasa

 Cara-caranya:
1-Tumbuk cili padi bersama-sama dengan kunyit hidup sehingga halus
2-kemudian titikkan serai
3-Masukkan bahan-bahan  tumbuk tadi kedalam periuk bersama-sama dengan santan,asam keping dan rebung
4-Masak diatas api yang sederhana~harus dikacau selalu
5-Bila sudah  mendidih masukkan udang dan garam.Biarkan seketika kemudian padamkan api

Tiada ulasan:

Catat Ulasan