Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

27 Ogos 2014

Ubi Oh Ubi Kayu...


Ubi Kayu le pulak....

Assalammualaikum, jika semalam kat entry saya ni saya bercerita tentan rebung madu. Hari ini pulak saya nak bercerita tentang ubi kayu...

Bila teringat ubi kayu saya pasti terkenang zaman silam saya  di zaman  kanak-kanak. Saya di besarkan di kampong dan tinggal bersama arwah nenek dan arwah bapa saudara . Ubi kayu adalah sejenis makanan yang sering kami makan.  Lebih-lebih di waktu hujan cuaca lembab. Arwah nenek saya akan merebus ubi kayu. Beliau akan menumbuk sambal belacan cili kering dan membakar ikan tamban kering (ikan kering buat sendiri).  Waduh... masa tu saya terasa nekmatnya si ubi kayu dicicah dengan sambal belacan pedas berulamkan air kopi panas.... Berpeluh-peluh walaupun tika itu cuaca amat dingin....

Zaman kini semuanya sudah berubah...Ada segelintir kanak-kanak malah orang dewasa pun sudah tidak  mengenali si ubi kayu. Malah  lebih mengenali dengan kentang wedges, kentang goreng dan beraneka makanan segera. Kita tidak boleh menyalahi sesiapa dalam hal ini.  Itu lah putaran alam maju dan terus maju.


Ini lah dia si Ubi Kayu

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan

Sebenarnya daripada ubi kayu kita boleh menghasilkan pelbagai makanan, seperti kerepek, kerepek pedas, serta pelbagai jenis kuih muih:-


Ubi rebus cicah sambal tumis atau kelapa muda campur gula....


Dah moden sikit... dah boleh buat kek...


Pengat Ubi



Talam ubi


Tapai ubi


Ubi goreng


Kerepek ubi pedas


Kerepek ubi


Jika nak resepi insyaallah PM saya ya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan