Assallammualaikum,
Bertemu kembali di entry ini...Semoga kalian semua dikurniakan Allah dengan kebahagian, kedamaian dan Allah akan permudahkan urusan kalian di dunia dan di akhirat ...Aamiin.
Semalam terlalu indah untuk di kenang, Bertempat di Hotel Furama Singapore , 29 November 2014 bermulanya detik bersejarah bagi pasangan adinda ku Aispalela binti Ibrahim dengan pilihan hatinya Affandi bin Hashim. Genaplah 25 tahun mereka membina mahligai bahagia disamping seorang puteri tercinta.
Hotel FURAMA Singapore
Detik indah suatu ketika dulu
Diraikan sanak saudara
Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakan kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.
Ya Allah , hiasilah hidup kami dengan perasaaan kasih sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya.. Janganlah kau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.
Ya Allah , kurniakanlah dari kami zuriat yang soleh dan solehah. Ya Allah , izinkan kami menekmati hidup bahagia ini sehingga suatu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami .
Setulus hatimu Shkin..Sedap keknya..
Sepanjang 25 tahun melayari alam berumah tangga seribu satu perkara pahit manis, suka dan duka dalam hidup alam rumahtangga dihadapi. Sebenarnya perkahwinan ini merupakan suatu yang saling lengkap melengkapi. Kekurangan si suami disempurnakan oleh kelebihan si isteri. Kelemahan si isteri dilengkapi oleh kekuatan si suami. Saling memberi dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan dan menerima pasangan seadanya tanpa mempertikaikan jodoh yang ditentukan. Jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT sebenarnya tersembunyi suatu hikmah yang hanya Dia yang maha mengetahui. Tugas kita menerima jodoh tersebut dan terus membajainya dengan kasih sayang berteraskan iman dan taqwa kepada Allah, Insya Allah kasih sayang tersebut diberkati dan terus mendapat limpahan rahmat dari Allah.
Bersama suami tercinta, ayah bonda tersayang dan puteri yang dikasihi...
Syukur alhamdulliah ingatan daripada saudara mara yang menyayangimu..
Pulut kuning penyeri majlis
cendera mata untuk hadirin ... terima kasih..
Merakam kenangan dimajlis yang bahagia...
Kami sempat datang dua beranak aje... alhamdulliah..
Merakam kenangan bersama yang dirai..
Keluarga Mak Engah
Keluarga Wak Madon
Keluarga Bik Edah
Keluarga Bik Liza
Keluarga Ayah Nin
Keluarga Ayah Busu
Keluarga Nor
Pelbagai judah.... ehem enaknya...
En.Atih...Saya nak mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 25 kepada Pn Aispalela binti Ibrahim dan En Affandi bin Hashim. Semoga bahagia selalu.....
BalasPadamCuma nak tanya: Kenapa Bang Aji Khalil tak hadir. Dia pergi ke kebun ke?
Aispalela Ibrahim ...Terima kasih Encik Ateh Salim. Abang ipar saya busy pada hujung minggu. Sila jawab kakak ku Puan Aisah Ibrahim.
Aisah Ibrahim... Sudah gerharu cendana pula Tuan Haji ni...Masa ni kami banyak betul majlis jadi kami terpaksa berbagi2... untuk keadilan Tuan Haji Ateh Salim
Aispalela Ibrahim Nita ucapkan terima kasih bnyk2 pada kaklong & Ziyad Haziq kerana sudi menyeberang tambak Johor atas semata2 ingin meraihkan hari bahagia kami. Tidak terbalas budi baik kaklong. Hadiah istimewa juga kami suami isteri hargai
Aisah Ibrahim... Lupo pulok adinda saya nak undang awak Tn. Hj.. Ateh Salim maaf kan kami ya...
Ateh Salim Itulah....kalau tak boleh juga saya dan isteri datang....hehehe
Aispalela Ibrahim Kaklong, ..lagu favorit nita tau, suka sgt2. Pandai kaklong pilih lagu tu.
Aisah Ibrahim Ta , Tn.Hj..Atih sedih tak jemput dia...
53 mins · Like
Aispalela Ibrahim Maaf ya Encik Ateh Salim. In Sha Allah di lain kesempatan akan saya ingat untuk mengundang Encik Ateh suami isteri.
Aisah Ibrahim Ta, suka lagu yang mana, tengok kat hp ke latop Aispalela Ibrahim
Aispalela Ibrahim Lagu yg kaklong masukkan kat dlm blog majlis tu lah.
Aisah Ibrahim terima kasih...