Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

03 Januari 2010

RENUNGAN UNTUK GURU.....

KENALI DAN FAHAMILAH


ADUHAI GURU!.....


Di kalangan ramai murid dan pelajar, kita perlu mengetahui faktor-faktor ransangan persekitaran fizikal, emosi, pergaulan dan minda yang boleh mempengaruhi tingkahlaku mereka semasa pembelajaran.

PELAJAR BERKEBOLEHAN


1. Pelajar ini lebih suka belajar di tempat yang senyap, di bilik yang terang dan tersusun rapi, supaya tiada gangguan dan halangan yang boleh mengganggu pembelajarannya.


2. pelajar ini ini bermotivasi serta berminat. Mereka sentiasa bersedia dan boleh menepati masa untuk belajar. Mereka mampu untuk menyusun jadual belajar dengan sendiri.


3. Pelajar ini berkeupayaan belajar dengan sendiri tanpa arahan orang lain. Mereka mampu berinteraksi dengan mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan mereka. Mereka mampu mempelbagaikan aktiviti dan kegiatan yang diberikan mengikut jadual yang telah ditetapkan.


4. Pelajar ini melakukan sesuatu tugas dengan berhati-hati. Mereka mempunyai matlamat, cita-cita dan pegangan hidup yang tersendiri. Mereka mampu menyiapkan sesuatu tugas yang diberikan dengan segera. Biasanya dari segi fizikal, mereka seorang yang sihat dan cergas. Mereka dapat mengawal diri mereka dengan sabar untuk belajar.


5. Pelajar ini memiliki pemikiran yang kritis dan inovatif. Mereka boleh memberikan idea dan pandangan untuk dikongsi bersama. Di samping itu juga,mereka mampu menganalisis sesuatu isu yang dikemukakan. Mereka pintar dan berkebolehan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Mereka sentiasa kelihatan ceria dan tenang.


Justeru sebagai guru, kita perlu peka kepada situasi pelajar begini.Berikanlah penghargaan kepada mereka. Perbanyakkanlah aktiviti pengkayaan untuk mereka. Ketahuilah, bahawa mereka berpotensi untuk menjadi pemimpin. Bimbinglah mereka supaya mereka boleh membantu rakan-rakan yang lain.


PELAJAR KURANG BERKEBOLEHAN


1. Ada di kalangan pelajar ini suka mencari tempat bising, bilik yang malap tanpa terurus semasa belajar. Mereka tidak mengetahui suasana persekitaran yang mereka pilih ini boleh menggangu dan menghalang proses pembelajaran mereka.


2. Pelajar-pelajar ini kurang bermotivasi dan kurang berminat untuk belajar. Mereka jarang menepati masa dan tidak menghargai orang lain. Kadang-kadang mereka bertindak mengikut sesuka hati mereka sahaja.


3. Kebanyakan pelajar ini menanti arahan daripada orang lainuntuk belajar. Mereka lebih gemar berinteraksi dengan kumpulan rakan yang menghadapi masalah seperti mereka. Mereka lebih gemar bermain dan tidak bersungguh-sungguh untuk belajar. Mereka enggan mendengar nasihat orang lain.


4. Kebanyakan mereka perlu dibantu dan sentiasa diperingatkan untuk melaksanakan tugas kerana lemah dan lupa. Mereka bukan sahaja tidak mahu berusaha, tetapi tidak punyai matlamat, cita-cita dan pegangan hidup. Lantaran itu mereka leka dan mengabaikan tugas yang dipertanggungjawabkan. Apabila diperhatikan mereka gemar berjalan ke sana dank e mari. Mengganggu rakan kerana bosan dan jemu semasa belajar.


5. Kebanyakan mereka hanya menerima sahaja idea dan pandangan orang lain. Merela lambat memahami sesuatu yang disampaikan, kadang-kadang mereka tidak dapat membuat keputusan terhadap isu yang dikemukakan. Mereka hanya menjadi pemerhati sahaja. Lantaran dalam masa yang lain mereka mudah terpengaruh dan ada pula yang nakal-nakal dan suka bergaya supaya mereka menjadi perhatian kepada orang lain.




Apabila menghadapi situasi pelajar begini, guru perlu bersedia memberikan perhatian dan tumpuan kepada mereka dengan mempelbagaikan aktiviti pemulihan serta pembelajaran. Kasihi dan sayangilah mereka. Selamilah jiwa mereka. Pujuklah mereka dengan memberi nasihat, galakan dan penghargaan kepada mereka.


Yakinlah aduhai guru!...... bahawa mereka yang kurang berkebolehan ini juga boleh menjadi insan yang berguna pada suatu masa nanti, Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan