Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

19 Julai 2013

Juadah berbuka puasa.....

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini.Disamping menjalani ibadah puasa para isteri dan ibu sering mencari idea untuk menyediakan hidangan yang agak istimewa untuk menjadi santapan seisi keluarga......Pada petang ini saya sempat menyediakan  mi rebus
(Resepinya telah saya sertakan pada entry yang lalu)...

kuah mi rebus

bahan-bahan sampingan


Sambal goreng kicap

Bahan-bahan 

3 keping tauhu ( di potong dadu kemudian di goreng)
2 biji kentang ( potong dadu dan di goreng )
1 keping tempe ( potong dadu dan goreng )
2
biji lada merah ( hiris nipis
suun – ( rendam dan di potong sedikit )
tauhu kering ( di rendam dan potong kecil )
1/2 cawan ikan bilis/ udang ( buang kepala dan kulit )
3 -4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
kicap lemak manis secukupnya
garam secukup rasa
Minyak secukupnya


Cara Penyediaan

1. Tumis bawang merah, bawang putih, lada hiris hingga garing dan wangi.
2. Kemudian masukkan udang hidup,, Suun, tauhu kering dan bahan-bahan yang telah di goreng tadi!!
3. Masukkan garam, kicap kacau rata.Masakan orang jawa mesti ada manis-manis  sikit 
4. Bila telah masak dan rasnya pun dah ok sesedap lidah kita ...bolehlah diangkat dan dihidangkan.

** sesuai di makan dengan nasi panas, ayam kicap atau ayam masak merah!!..perahhhhh memang terbaikkkkkk....:)) 


Selamat berbuka puasa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan