Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

18 Julai 2013

Nasi goreng Pattaya...

Salam semuaNasi  Goreng Pattaya dan Sup Sayur ni adalah juadah kami berbuka puasa hari ini Sup sayur ni sedap dimakan dengan nasi  goreng  dan sambal kicap!! Layan………….




Nasi goreng yang belum di bungkus dengan telur...



Nasi goreng yang telah di bungkus dengan telur dadar...


Bahan-Bahan

1
mangkuk nasi
1
labu bawang besar  ditumbuk halus
3
ulas bawang putih   ditumbuk halus
1 genggam sayur campur
1 ketul dada ayam dihiris nipis
sedikit lada sulah serbuk
sedikit garam
4 biji telur

Cara-Cara

1) Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi
2) Masukkan dada ayam, lada sulah, garam dan sayur campur
3) Gaul semua bahan kemudian masukkan nasi
4) Setelah siap nasi goreng, ketepikan
5) Pukul telur, campur secubit garam dan buat seperti telur dadar. Jangan terlalu tebal
6) Letakkan telur dadar atas pinggan dan letakkan nasi goreng kemudian balutkan nasi menjadi segiempat tapi lipatan tu tak penuh sepenuhnya
7) Pegang dengan cermat dan terbalikkan nasi berbalut telur tadi ke atas pinggan untuk dihidang. Tuangkan sos cili keatasnya


Sup sayur yang paling ringkas...selamat berbuka ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan