Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

05 Julai 2013

KOLE KACANG






Kole Kacang




Bahan-bahan ( 7-8 orang

** 1
cawan santan pekat
* 1
cawan gula merah
* 2sudu besar
 gula pasir
* 1
cwn air
*
beberapa helai daun pandan disimpul
2 cawan 
santan
1
cawan tepung kacang hijau
secubit garam

Cara-
cara

Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dalam kuali.
Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas kacau hingga sebati.
Masukkan adunan tadi dalam kuali yang  berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tidak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dalam bekas atau loyang.
Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dengan  tahi minyak

2 ulasan:

  1. Kole kacang adalah diantara kuih kegemaran saya. Saya selalu suruh mak saya (allahyarhamah) buat. Saya akan makan sampai tak ingat orang lain.....

    BalasPadam
  2. Sekarang suka lagi ke...Puan Sharifah mesti buatkan....

    BalasPadam