Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

08 Jun 2016

INDAHNYA KENANGAN DI KOTA BAHRU



Syukur kehaderat Allah SWT dengan izinnya dapat kita bertemu kembali di entry yang sangat saya sayangi ini. Walaupun agak lama saya tak mencoret sepatah dua kata disini namun entry saya tetap di hati.

Minggu lepas 29 Mei 2016 saya berkesempatan berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya pergi bersama anak perempuan saya. Beliau sekeluarga  pulang  ke rumah mertua mereka di Kota Bahru sempena cuti sekolah.Didalam perjalanan ke Kota Bahru kami sempat singgah di rumah besan saya di Kuala Terengganu. Kami singgah sebentar cuma.....


Pada 30 hb.Mei kami berkesempatan menghadiri majlis Kesyukuran sahabat saya Saudara Khairidan dan isteri ke rumah mereka di Kampong Baung,  Pengkalan Chepa , kota Bahru Kelantan.
Kediaman beliau dan mempelai...
Isteri beliau
Bersongkok saudara khairidan dan rakan kami
Rakan lama orang Kelantan
Syukur alhamdullilah
Hidangan yang sungguh menyelerakan terima kasih tuan rumah....


Pencuci mulut....
Tepung pelita, tapai dan beledo (orang Johor kata lengkong)

Selepas pulang dari majlis sahabat saya kami pulang ke rumah besan saya di Jalan Yahya Petra dan berehat. Selepas waktu asar  kami ke Pantai Irama, Bachok, Kelantan...Untuk menekmati aneka makanan 'Cdelup Tepung'


Pelbagai.... Pilih le yang mana teringin...
Bila tengok balik gambar sotong celup tepungterus tertelan air liurSedapnya ! 
Selepas ini kalau teringin nak makan sotong celup tepung pergi le ke Pantai Irama.....
Keesokkan kami ke Pengkalan Kubor kawasan perniagaan bebas cukai.

Sebelum ke Pengkalan Kubor kami singgah bersarapan di Warung Pak Mat 
yang terkenal dengan teh tarik madunya...


Teh tarik madu yang memukau...





Setelah letih ke Pengakalan Kubor kami singgah makan tengah hari 
di Restoran Syakila yang menghidangkan pelbagai makanan,...

Pulut mangga dan pulut durian
Pada sebelah malam kami diundang untuk menjamu selera di rumah anak kawan baik saya di Johor Bahru. beliau tinggal di Taman Uda Murni Kota Bahru.
Kediaman beliau
Dr. Saiful dan Dr. Anum melayan kami dengan penuh mesra 
pelbagai hidagan disediakan untuk kami...
 Hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian.
Terima kasih Doktor jika ke Johor Bahru sudikan ke teratak kami ya...

Terima kasih Dr.Anum

Keesokkan harinya pula kami bersarapan di KOPITIAM KITA

Makanan yang populor di sini...
Nasi Tumpang
Selepas itu kami sempat ke AEON MALL  Kota Bahru


Pada malamnya pula abang menantu saya mengundang makan malam di rumahnya
Terima kasih budi kalian hanya Allah jua yg membalasnya
Besan kami...

Selamat Tinggal Kota Bahru Panjang usia jika diizinkan Allah
 kita berjumpa lagi In Shaa Allah...

Terima kasih assallammualaikum...

3 ulasan:

  1. Dokumentari yang baik seperti Jalan-Jalan Cari Makan. Saya pun dah lama tak ke Pantai Timur - kawan ramai tapi sedara tak ada.

    BalasPadam
  2. En.Atih... Di Kota Bahru tak de sedara pun tak pe...homestay yang cantik2 pun banyak harganya berpatutan.... Saya memang suka ke Kelanatan... Jika malas memadu naik aje Fire Fly...

    BalasPadam