Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

18 Jun 2016

PULUT MANGGA



Syukur kehderat Allah SWT dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama lagi di entry yang saya sayangi ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini " kepada semua saudara mara dan rakan taulan.

Dalam gurau ada senda
Dalam senyum ada tawa
Dalam suka ada duka
Itu lah kita 
Cuma ..
Jangan Di ikut hati luka
Jangan Di fikir salah sapa
Jangan Di ungkit pahala dosa
Anggaplah ruang bertemu kata
Kata sekadar penghibur belaka
Moga silaturrahim tetap ceria
Ramadhan yang  dah tiba
Maaflah sesama kita
Jom sama kejar pahala
Jom Ramadhan terbaik buat kita



Dah lama teringin nak makan pulut mangga ni, alhamdulillah, dapat juga saya  makan pulut mangga yang sangat sedap semalam. Pulut mangga ni popular di Thailand dan apa yang menarik pulut mangga Thailand ni rasanya sangat enak, lemak manis gitu. Kalau makan dua pinggan pun gerenti habis...
Petang semalam kami ke pasaraya S'Mart  anak saya terpandang buah mempelam yang segar jadi dia pun membelinya dan nak buat pulut mangga katanya.
Kalau siapa-siapa yang rajin bolehlah cuba resepi pulut mangga yang saya kongsilakan ni....

Resepi Pulut Mangga Harum Manis

Bahan-Bahan: ( 3- 4 org makan )
2 cawan beras pulut – rendam 2 jam
1 1/2 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung jagung
2 helai daun pandan (disimpulkan)
3 sudu makan gula pasir
Mangga Harum Manis (Apa-apa jenis mangga pun boleh janji masak ranum)


Cara Memasak:

Masak Pulut

1. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak.
2. Kemudian masukkan 1/2 cawan santan yang telah dicampur dengan garam serta daun pandan yang disimpul dan kukus pulut sehingga masak.
Kuah Santan –
1. Baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir.
2. Apabila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.Bila agak pekat tutup api.
3. Sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.


pulut yang sudah dikukus
sudah siap
selamat mencuba...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan