Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

24 Februari 2011

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah

Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

Selamat Menyambut Hari Lahir.......



Istimewa Untuk suamiku tercinta....

Selamat menyambut Hari Lahir semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki....Mudah-mudahan segala usaha mu diberkati Allah jua. Tahniah dan syabas kerana berjaya menjadi seorang suami dan ayah yang beretanggung jawab. Mudah-mudahan rumah tangga yang kita bina akan berkekalan hingga ke akhir hayat....Amin...





Semoga rumahtangga kita bina kekal bahagia...amin...


Berkat doa dan usaha gigihmu anak-anak menempa kejayaan...











Emapt cahaya mata kami...


Selamat Menyambut Hari Lahir.......

Cantiknya pelamin.....

Cantiknya pelamin dari Bridal yang terkenal di seluruh Johor Bahru.....Bakal bapa dan ibu serta pengatin bolehlah timba ilham dari pelamin yang cantik-cantik ini...Cantikkan...