Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

29 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru

Pada 27 Desember 2009 kami sekeluarga ke majlis perkahwinan anak saudaraku Abdul Rahman bin Mohd Don dengan pasangannya Zarifah bt Darim di Blok 202 ,Ave 1 Choa Chu Kang Road, Singapura. Semoga jodoh kalian berdua berkekalan hingga ke akhir hayat. Kepada saudara mara yang hadir diucapan jutaan terima kasih. Rasa terharu kerana sudah agak lama tidak bertemu dengan sanak saudara dan rakan taulan yang bermastautin di Kota Singa.....Disamping itu ribuan
terima kasih kepada saudara mara dari Kuala Lumpur yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Ketibaan mempelai ke rumah pengantin lelaki

Selamat pengantin baru untuk Aman dan Ifah
semoga kalian tabah menghadpi cabaran alam rumah tangga
dan kekal bahagia hingga keakhir hayat.


Merakam gamabr kenangan bersama pengantin


Sempat juga bergaya.......

Kek pengantin

Apa yang diceritakan bila dua sepupu bertemu ............
(Lokaman di Shah Alam dan Md.Don bertugas di Dhubai)

26 Disember 2009

Tetamu .....

Pada 16 Desember 2009 berakhirnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Kami tiga beranak ke Klang untuk menjemput anakku (Kak Chik) yang telah selesai menhadapi peperiksaan SPM di Kolej Islam Klang (KISAS). Semasa dalam perjalanan ke KISAS rakan lama ku (Cikgu Saodah berasal dari Serawak) yang kini mengikut suaminya menetap di Klang mempelawa kami ke rumahnya di Taman TeluK Gadung, Klang. Hampir sepuluh tahun kami tidak bertemu. Bila sudah bertemu bermacam-macam ceritalah yang kami ceritakan untuk melepas rindu. Kami mempelawanya jika ke Johor Bahru sudikan singgah di rumah kami.


Kunjungan Cikgu Saodah dan suaminya cikgu Airil

25 Disember 2009

Hari Ini dan Semalam Tidak Pernah Sama


-->
Jika anda popular pada saat ini, ingat saat ketidakpopularan.
Jika anda sihat waktu ini, ingat waktu sakit yang boleh datang dengan tiba-tiba.
Jika anda tergolong dalam golongan orang berada, ingat saat ketidakberadaan.

Kesemuanya boleh datang dengan tiba-tiba.
Kebahagian yang kita nikmati hari ini boleh pergi dalam sekelip mata.
Kesihatan yang kita nikmati hari ini boleh berubah pada esok pagi.

Hidup ini penuh dengan putarannya, tanpa berhenti.
Maka itu, usah terlalu susah hati jika anda tidak popular, mungkin anda menikmatinya.
Jangan terlalu susah hati jika sakit, esok mungkin anda sembuh.
Jangan terlalu kecewa dengan kemiskinan, esok mungkin anda berada.

Usah sangka wajah yang cantik itu tiket untuk berasa bahagia.
Sama sekali tidak, sebab kecantikan boleh pergi biar bagaimana dijaga.

Dalam hidup ini adakalanya kita begitu mencintai,
terlalu menyayangi,
amat merindui hinggakan terasa tak mahu kehilangannya.
Hinggalah satu saat kita rasa tiada apa-apa rasa lagi terhadapnya
walau rasa untuk membenci, meskipun hati kita pedih terluka.

Dalam hidup ini, kita kena akui ia satu pertandingan.
Ada kalanya kita menang ada kalanya kita kalah.
Kita tidak sentiasa menang dan kita tidak sentiasa kalah.
Ada kalanya kita berlari jauh meninggalkan pesaing,
ada kalanya kita jauh ditinggalkan mereka.

Dalam hidup ini, kita kena akui bahawa kita adalah pelakon
 yang tidak pernah tahu skripnya.
Kita boleh memilih untuk menjadi hero atau heroin
tetapi
kita tak pernah tahu bagaimana penyudahnya.
Dalam dunia yang nyata, hero dan heroin tidak semestinya berakhir dengan kemenangan,
adakalanya terus jatuh dan terus jatuh.

Kejatuhan bukan penghujung dunia.
Ia skrip untuk menyedapkan jalan cerita.
Setiap cerita tanpa tragedi adalah kisah yang sangat hambar.
Bukanlah kita mengharapkan bencana,
tetapi
jika bencana datang itu masih boleh membahagiakan diri kita...

17 Disember 2009

TARIKH LAHIR BULAN ISLAM & PERILAKU

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM...

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik ian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya,kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.



Petikan dari sumber:-

http://shuhmy.multiply.com/journal/item/159

SALAM MAAL HIJRAH

Semalam .
Kenangan telah berlalu
Esuk kepastian yang tak tentu
Indahnya dunia.
Hanya sementara
Indahnya cinta.
Hanya seketika
Indahnya mimpi.
Kadang-kadang ta
k pasti.
Tapi...........
Indahnya
Persahabatan.
Sukar dicari ganti.
Nilai persahabatan.

Tak akan cair di musim panas.

Tak kan beku dimusim sejuk.

Tak kan luruh di musim hujan.

Tapi.....

Akan ia sentiasa mekar walau bukan di musim bunga.



Salam Maal Hijrah buat semua.

16 Disember 2009

PERTANDINGAN SAHIBA 2009

Pertandingan Sahiba Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor. Pertandingan ini dianjurkan oleh DBP Wilayah Selatan, berlangsung di Hotel Seslesa, Johor Bahru.


Ziyad Haziq bin Khalil telah mewakili Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2, untuk pertandingan tersebut.


Bergambar kenangan bersama guru pembimbing: Pn.Junaidah bt Samuri

Taklimat pertandingan

Pertandingan berlangsung

15 Disember 2009

Bermulanya di sini.................FASA .V




-->
1995
Diarahkan bertukar ke SK Kong-Kong Laut, Masai, Johor. Menjadi guru Pemulihan Khas bermula di sekolah ini. (Atas dorongan Allahyarham Tn.Hj.Zainal bin Hassan Guru Besar SK Kong-Kong Laut).

SK Kong-Kong Laut, Masai, Johor
(Selamat bertugas untuk rakan-rakan guru yang masih mengenali aku.)

1998
Diarahkan bertukar ke SK Taman Johor Jaya 2, Johor Bahru sehingga sekarang menjadi guru Pemulihan Khas..



Sekolah Kebangsaan taman Johor Jaya 2,
Jalan Keembong 41, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru.



KELAS PEMULIHAN KU: SENTUHAN KASIH









Bermulanya di sini.......................FASA 1V

1992

Diarahkan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Orang Asli Pengkalan Tereh, Kluang.Untuk sampai ke sekolah mesti melalui Jalan Kluang ke Paloh..... Jalan ini adalah jalan utama lori membawa muatan berat. bayangkan.....Aku terpaksa menunggang motosikal Yamaha ku JDL 3243 (masa ditukarkan kesini baru le belajar menunggang motosikal....berapa banyak kali jatuh....nasib...nasib) dan meredah Estate Pamall sejauh 11 km (bukit yang terpaksa didaki ada lebih kurang sembilan bukit baru sampai ke simpang Estate Palmall) dan bila hari hujan tidak dapat ke sekolah kerana banjir di sungai Semberong dan sekitarnya. .

(Disini orang Aslinya dari suku kaum Jakun). Bahasa Jakun jauh berbeza dengan bahasa Semai (aku terpaksa memahami bahasa dan adat resam kaum jakun pula).


Selamat mengajar di SK Pengkalan Tereh

untuk rakan sejawat yang masih mengajar di sekolah ini....

teruskan perjuangan

pengalaman suatu yang indah untuk dikenang.....
pengalaman juga tidak boleh dijual beli


Lori yang selalu menghantui fikiran ku......
(Rasa seram sejuk bila berselisih dengan lori...
selalunya beri laluan lori jalan dulu....
selalu nya...berhenti kat tepi jalan ....takut)


JDL 3243

Motosikal ku sayang.....
kau lah teman ku.... akan ku kenang mu hingga kini....

Bermulanya di sini ...............FASA 111

1983

Diarahkan bertukar ke JHEOA Johor di Bangunan Kerajaan, Jalan Bukit Timbalan,Johor Bahru. (Bahagian Pendidikan).Pengarah ketika itu ialah En.Mohd Razim bin Shafie (berasal dari Kedah).... Tugas ku membuat kerja pentadbiran bahagian pendidikan (semua kebajikan tentang murid-murid Orang asli Negeri Johor seperti wang saku, tamabang bas, tuntutan yuran sekolah) disamping itu aku juga diarahkan untuk melawat ke sekolah -sekolah yang ada murid Orang Asli diseluruh negeri Johor. Diantara temapt yang tidak aku lupa ialah Sekolah Orang Asli Pos Kudong, Segamat, Sekolah Orang Asli Tanah Abang Mersing.dan Sekolah Orang Asli Sungai Layau Kota Tinggi. Puas jugalah menjelajah serata ceruk rantau di Johor ini....(Pernahlah merasa pahit maung kerja di pejabat).

Bertugas disini juga agak mencabar kerana aku seawal jam 6:30 pagi terpaksa bergegas ke pejabat dengan menaiki bas. Ketika itu aku tinggal di Puast Pertanian Kong-Kong. Saban hari aku berulang alik.....Jejak 6:30 petang baru sampai ke rumah.....Kerja...kerja....


Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Disini suatu ketika dulu aku pernah bertugas (JHEOA Johor di Tingkat 7)


Taman Pertanian kong-Kong, Masai, Johor (Tempat kediaman ku 1




14 Disember 2009

Bermulanya di sini ..................FASA 11

1980

Melapor diri di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia, Wisma Persekutuan Jalan Gurney (kini Jalan Semarak) Kuala Lumpur. Kemudian diarahkan melapor diri di JHEOA Ipoh. Aku di tempatkan di bahagian pendidikan.

Aku diarahkan mengajar di Sekolah Kebangsaan Orang Asli ,Batu 25 Cameron Highland

(Di sekolah ini hanya aku seorang sahaja guru ....dari Guru Besar, kerani, tukang kebun hinggalah ke tukang masak.....) Bangunan sekolah berdinding sekerat papan dan berlantaikan tanah serta beratapkan rumbia......Sekolah ini bantuan penuh dari JHEOA.Bilangan muridnya seramai lebih kurang 20 orang. Kelasnya pula kelas bercantum Terdiri dari murid kampong tersebut dan juga kampung sekitarnya.Aku mengajar dari Tahun 1 hingga 3. Tahun 4 murid-murid ini menyambung pelajarannya di SK. Batu14 ,Jalan Tapah Cameron Highland.

Ketika itu rumah guru tidak ada, terpaksalah aku menumpang di rumah Tok Batin.

Di kampung ini tidak ada kemudahan asas (api dan air ......lampu gunakan pelita dan untuk mandi gunakan air sungai....air terjun banyak terdapat disini....sejuknya menyusuk ke tulang....) kedai pun tiada, makanan aku dibekalkan oleh JHEOA yang dikenali sebagai 'resen' Untuk sampai ke kampung ini kita terpaksa berjalan kaki meredah dicelah-celah bukit dengan dikenali sebagai jalan 'denai'.Mejoriti Orang Asli di sini berketurunan dari suku Kaum Semai. Pekerjaan mereka berladang.bahasa ibunda mereka bahasa Semai.

Bagi kakitangan awam untuk pengesahan dalam jawatan mesti lulus salah satu bahasa Semai atau Temiar. Terpaksalah aku mempelajari bahasa tersebut (bahasa Semai) dengan anak muridku.Sehinggalah aku fasih berbahasa Semai ketika itu.


Dailog yang masih aku ingat:


Ma Moh Hek : siapa nama awak

Moh Eng Aisah : Nama saya Aisah

Ma Eh Gah : Apa khabar

Bor : Baik

(Maaf jika tersilap bunyi..................dah banyak yang lupa..)


Nama anak murid ku yang masih aku ingat ialah Agong, Jefrideen,Minah dan Hamidah (kini mereka dah bekeluarga dan Hamidah sudah memeluk Agama Islam).Tok batin dan isterinya juga sudah meninggal dunia.


Sekiranya anda ke Cameron Highland dan tiba di Batu 25 berhampiran dengan Pekan Ringlet...jengah-jengahlah dicelah-celah gunung yang menghijau itu ternampak deretan rumah -rumah yang sayup mata memandang ....

disitulah aku pernah jadi penghuninya.


Pengalaman sesuatu yang indah untuk di kenang

Jauhnya kedai membeli benang

Tak ada bas berjalan kaki

Tempat jatuh lagi di kenang

Inikan tempat mencari rezeki......


Gambar kenangan di Kampong Batu 25, Cameron Highland

(Bawa anak-anak melihat kampung yang pernah ibunya menetap dulu....).


Untuk ke sebrang gunakan titi,
Jika meniti harus berhati-hati

Penduduk di sini semuanya baik hati
Akan ku kenang hingga ke mati.


Budi baik seluruh warga Kampung Batu 25 dan sekitarnya
hanya ALLAH jua yang membalasnya
.

13 Disember 2009

Bermulanya di sini......FASA 1


1975
Kerjaya pertama ku menjadi Guru Tadika .(Menjadi guru tadika memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah sikecil yang mula hendak membesar..... melucukan dan meyeronokkan).

Awal persekolahan pelbagai kerenah terpaksa ditangani.
Ada yang menangis, ada yang tak bagi emak dia balik dan ada yang terus lari pulang.......
Satu peristiwa yang pasti teringat hingga kini ialah seorang murid ku menangis sekuat-kuat hatinya dan tidak henti-henti kerana hendak pulang. Sedangkan ayahnya telah pulang lebih awal.
Memekak betul....
Dilayan salah tak dilayan pun salah.
Susah.....susah. ..............
Bagaimana nak menyelesaikan masalah ini....
Pening....pening.....
Aku pun bertanya dengan rakan-rakannya yang lain ....
sekiranya cik gu hantar Zul balik kamu macam mana?.....

..................Nak ikut cik gu................. jerit mereka.

..................Kalau macam tu mari kita semua naik basikal cikgu....

...................Tak muat cik gu .....kita kan ramai....
kata rakan-rakannya.

Kalau macam tu macam mana nak hantar Zul balik........

OK .....kita belajar ya Zul........Pujuk ku .....
Tangisan Zul tidak kedengaran lagi dan dia terus duduk termenung di tepi pintu..... hinggalah tamat sesi pengajaran untuk hari itu.
(Sekarang Zul dah jadi ahli perniagaan yang berjaya)

Hanya kenangan:.....
Basikal ini lah yang membawa aku mencari rezeki.....basikal oh basikal....
(Basikal ni Pak Itam aku punya.... ada palang.)


Dapat gaji beli basikal baru.....
Tahun 70an gaji baru RM150.000 itu pun dah besar.....
dah boleh melaram sekampung....



Pra Sekolah Era 2000....muridnya ' stedy ' je






12 Disember 2009

Suka duka 2009

Tahun 2009 akan melabuhkan tirainya. Suka dan duka silih berganti dalam hidup ini. Kita sebagai insan biasa perlu tabah dan pasrah segala ketentuan yang ditakdirkan oleh Illahi.


PERGI BUAT SELAMANYA...........................

Pada 18 Mac 2009 aku dikhabarkan dengan berita
sedih... Bapa mertua ku yang dikasihi Tuan Hj.Mahpul bin Rafiee pulang kerahmatullah . Kemudian 17 Ramadhan (Nuzul Quran) adik iparku Azlan bin Abdullah juga telah pulang keramahtullah. Diikuti pula pada 29 Ramadhan sahabatku Pn.Zainab bt Omar. Semoga roh mereka ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

Hanya kenangan: Allahyarham bapa mertuaku bersama anak sulungku


KERJAYA .................

Tahun 2009 aku mengorak selangkah lagi untuk melengkapkan kerjaya aku sebagai guru pemulihan. Aku dipanggil untuk turut serta berbengkel bagi Program Pemurnian P1NCH di Hotel Selesa Pasir Gudang. (Sudah agak sekian lama aku tidak bebengkel atau berkursus...)

Kursus Pemurnian P1NCH di Hotel Selesa
En.Khairi (PPD Batu Pahat) dan En.Ateh Salim (Guru Besar Cemerlang SPKBP)


Di Hotel Treaders Muar

Penyedian Bahan Untuk Kursus Penataran P1NCH Daerah Pasir Gudang

Pendaftaran Kursus Penataran P1NCH Daerah Pasir Gudang


MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM.....

Pada 6 & 7 Jun 2009 berkat usaha gigih dan kerja kuat sepupu-sepupuku dapatlah kami berkumpul di Janda Baik untuk menyambut ' Hari Keluarga.' Sekalung Tahniah dan jutaan terima kasih kepada sepupuku terutama Datuk Mohd Noh dan isteri Datin Ruhana (menyediakan tempat yang menarik) En.Lokman dan isteri Pn.Norli (penyediaan makanan yang enak), Pn.Hidayah dan suami Radin Ismail (penyediaan aktiviti yang mencabar.....tengok toyol...) serta semua ahli keluarga ku yang hadir seperti gambar yang tertera. Semoga kita berjumpa lagi....

Bergambar kenangan di hari keluarga.....


Diantara aktiviti yang dijalankan


KEJAYAAN................
Anak sulung ku menerima ijazah....

BIMBINGAN.................
Penuntut IPTI Johor Bahru (PBS Pemulihan)

JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN.........

Bergambar kenanagn di SK Kubang Kerian 1, Kelantan
Lawatan Penanda Aras PPD Pasir Gudang ke Negeri Kelantan dan Terengganu.