Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

01 Jun 2013

Ingatlah....

Ayah dan ibu.............


Ayah dan ibu...

Semoga semua anak - anak memberi sedikit bantuan walau rm10 kepada ibu bapa untuk keberkatan rezeki. Jika rezeki susah lihat bagaiamana kita membalas jasa ibu bapa. Salah satu Amalan paling baik ialah berbuat baik pada ibu bapa. Cuba lihat orang yang bahagia membahagiakan tentunya amat taat pada ibu bapa. Bagi yang banyak masaalah lihat cara bertutur pada ibu bapa dan bantuan yg diberi dan berapa kali menghubungi ibu bapa. Para suami jangan terbuai dengan keluarga hingga lupa ibu yang tua

Untuk renungan...



-> Terkadang bila kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan yang datang..
-> Terkadang bila kita minta cerdik, tapi masalah pula yang bertandang.. 
-> Terkadang bila kita minta kebahagiaan, tetapi huru-hara pula menjelang..

~> Dugaan menjadikan mental kita kuat..
~> Masalah menjadikan kita berfikir..
~> Huru-hara menjadikan kita tabah..

Subhanallah! Betapa hebatnya ALLAH SWT !
Semua aturan-Nya ada hikmah yang tersembunyi.. 

30 Mei 2013

Resepi Ikan Guramiiii...


Cubalah....
Ikan gurami bakar...






Resepi ini  pasti menambat  selera anda. Ikan gurami  yang dibakar dengan rempah ratus menambah harum. 
Gurami bakar lebih enak jika disajikan dengan nasi panas  dan sambal belacan mangga yang pedas  untuk hidangan  tengah.

Bahan Gurami Bakar :
Gurami, 1 ekor ( kurang lebih 300 gram ), bersihkan dari sisik dan insangnya
1 biji limau nipis
2 senduk minyak masak
Bahan Kisar :
5 batang lada merah
8 tangkai cili padi( sesuai selera )
Sedikit cekur
Sedikit kunyit
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Perah air limau nipis di atas badan ikan hingga rata.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga harum. Angkat.
Panggang ikan hingga setengah masak sambil sesekali dibalik-balikkan . Angkat.
Lumur ikan  dengan bahan  tumis hingga rata, panggang semula hingga ikan masak dan rencah  meresap. Angkat dan dihidangkan. Sedap....




Menimba pengalaman di tempat orang.

Jauh perjalanan luas pemandangan...

Assalammualaikum WBK

Kalau diberi pilihan untuk melancong ke Jakarta atau Bandung,agak-agak mana satu pilihan anda?.Jakarta adalah ibu negara Indonesia manakala Bandung adalah salah satu bandar yang popular di Indonesia. Destinasi kami ialah Jakarta Puncak Bandung.
Secara jujurnya saya akan memilih Bandung kerana Kota Bandung macet(kesesakan)nya tidak separah Jakarta.Kebanyakan barang-barang yang ada di Jakarta boleh didapati dengan mudah di Kota Bandung.Cuaca di Bandung agak sejuk berbanding Jakarta.
Apa yang menarik di Bandung adalah tempat melancong dan juga pusat membeli belah.Dari tempat membeli belah mewah seperti Paris Van Java sehinggalah ke Pasar Tradisional,semuanya ada di Bandung.Soal harga ianya murah jika kita pandai tawar menawar.
Semasa berada di Bandung hanya 3 tempat menarik yang sempat kami berkunjung,memandangkan waktu yang sangat terhad,jadi kami hanya singgah ditempat-tempat yang popular.
Hari pertama kami berkunjung Puncak Bandung dan sempat singgah di Safari…Hari kedua  kami  ke Bandung dan hari ketiga kami  ke Tangkuban Perahu,tempat ini adalah kawasan pergunungan gunung berapi yang tidak aktif ,kesan letusan masih boleh dilihat dengan jelas.Hari keempat kami ke Jakarta dan berabgkat pulang ke Malaysia. 


Dalam perjalanan....



Kami berlepas dari lapangan terbang Kuala Lumpur.


Di dalam pesawat

Sampai di Jakarta...

Tiba di Lapangan Terbang Soekarno - Hatta Jakarta




Lapangan terbang  Soekarno - Hatta Jakarta


Perjalanan menuju ke Puncak...

.



Menaiki bas Pariwisata  dari kota Jakarta menunju ke Puncak melalui Tol Cipularang



Pemandu pelancong kami Pak Agus yang peramah orangnya.



Makan tengah hari  di Rumah Makan Sunda


Membasah tekak dengan kopi 'Luwak' yang sedap..



Hanya iklan...(Sop Buntut " Sop ekur" sebenarnya...)


Taman Safari Indonesia




keret untuk makanan penghuni Safari...

Rumah Makan (Restoran)..




Gurame terbang...


Guramee bakar


Sambal belacan menu wajib kat sana....


Berselera menekmti ikan guramee terbang...


Kami berenam sempat sambut ulang tahun kelahiran....
chewah...siapa sangka sambut kat luar negara...


Menekmti hidangan tengah hari..

.Bukan sahaja dihidangkan makanan tempatan tetapi kepuasan mata disegenap tempat makan juga diberi perhatian penting bagi membuka selera. Itu la keistimewaan kedai- kedai makan disekitar puncak yang memberi sentuhan alam semulajadi sebagai tempat melepaskan penat perjalanan menuju ke Puncak



Perjalanan yang meletihkan tapi puas dengan keindahan alam yang mengamit setiap mata yang memandang. Jauh disudut hati ingin aku berkongsi setiap pengalaman dan kepuasan di dalam bentuk gambar gambar yang mungkin menarik perhatian setiap kita untuk menikmati keindahan itu. Itu la Puncak..




Ladang teh menuju ke Puncak...
Keindahan Puncak boleh di abadi dengan pemadangan ladang teh yang luas mata melihat.
Itu la Puncak


Bermalam di  Suria Indah di  Puncak ...



Penjual jalanan berada di mana-mana...


Tangkuban Perahu



Tangkuban prahu merupakah salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Indonesia. Gunung tangkuban prahu terletak di Bandung Jawa barat. Tangkuban Perahu bermaksud perahu yang terbalik.








Ada beberapa kes menarik berlaku ketika kami sampai di puncak bukit.Setiba kami di sana,kami disambut oleh penjual cenderahati.Bukan seorang malah beberapa orang yang menawarkan cenderahati.Lawatan kami agak terganggu kerana mereka ini asyik menawarkan cenderahati tanpa henti.
Mereka ini sangat peramah,mereka sedia mengikuti kita kemana sahaja selagi kita tidak membeli jualan mereka.Pada saya mereka adalah peniaga,tetapi jangan sampai menganggu orang ramai dengan memaksa membeli barangan mereka.Terus terang saya katakan,saya memang tidak selesa dengan mereka.
Harga yang mereka tawarkan lebih mahal dari biasa kerana pada tanggapan mereka orang Malaysia semuanya kaya-kaya dan banyak duit.Untuk rakan yang hendak bercuti kesana berhati-hatilah.Kalau boleh tawarlah harga separuh dari harga yang mereka tawarkan atau beli saat anda hendak pulang,saya pasti harga lebih murah yang akan ditawarkan oleh mereka.




Dimana ada gula disitu ada semut. Dimana ada tempat tumpuan pelancong disitu ada peniaga jalanan. Memang menjadi kebiasaan tetapi perlu berhati hati dan perlu pandai tawar menawar. Gelagat mereka kadang kadang menlucukan tetapi itu la salah satu usaha mencari rezeki. Bersyukur la kita diberi rezeki yang baik.


Hutan Catang Malang



Hutan Catang Malang berada di Desa Wargajaya dan Desa Sukawangi, Kecamatan Sukamakmur, Kabupaten Cianjur.







Sari Ater Hot Spring








Tempat-tempat  Shoping di Bandung dan Jakarta

..


Bandung memiliki banyak factory outlet. Rumah Mode adalah salah satu factory outlet 
di kota Bandung yang paling ramai dikunjungi. 


Pasar Baru antara lokasi paling popular bagi warga Malaysia bershopping sakan, penuh beg ditangan, cuba sekadar mengingati kepada mereka yang baru pertama kali atau dah berkali kali pun kena juga, penyeluk saku ramai di sini, pastikan pak Joko  ada berdekatan, mereka tak berani sekiranya ada warga  tempatan bersama kita. 





Di Kota Jakarta..




Menara Monas  mercu tanda ini terletak di tengah -tengah Kota Jakarta.Nak masuk kena bayar lebih kurang IDR 7800. Tugu Monas ni tingginya 137 meter. ia adalah simbol perjuangan Indonesia untuk  mendapatkan kemerdekaan. Pembinaannya bermula semasa era pemerintahan Sukarno iaitu pada tahun 1961 dan siap pembinaanya semasa era pemerintahan Suharto, 1975.
Jika tidak silap diatas menara tersebut terdapat emas seberat 50 kilo…




kenderaan comel ….salah sebuah pengakutan di Kota Jakarta. 

Berangkat pulang ke Malaysia...




Insyallah ....Hingga ketemu lagi di lain destinasi....